KISAH JYOTI SINGH : Insiden Rogol Paling Kejam di India
Jyoti Singh
Tahun 2012, Jyoti Singh merupakan seorang wanita yang
berasal daripada dari Uttar Pradesh, India. Keluarga Jyoti adalah daripada
golongan sederhana. Demi memastikan Jyoti menjadi orang yang berpendidikan,
bapanya sanggup untuk menjual tanah. Dia memegang prinsip bahawa wanita di
India juga harus berjaya dalam hidup. Maka akhirnya, Jyoti pun berjaya ke
menara gading dengan mengambil jurusan fisioterapi.
Pada malam 16 Disember 2012 di South Delhi, Jyoti Singh
telah pergi keluar menonton wayang bersama rakan lelakinya yang bernama
Avnindra Pandey dengan menaiki pengangkutan awam. Sebaik tamat tayangan filem Life of Pi, dua rakan tersebut berniat
untuk kembali pulang ke rumah. Apa yang berlaku kemudian, mereka berdua telah
menaiki sebuah bas berwarna putih yang turut dinaiki oleh enam orang lelaki
termasuk si pemandu bas. Menyedari bas itu bergerak menyimpang dari laluan asal
ke destinasi, Avnindra mula berasa curiga. Dia yang kemudian bersuara
bagaimanapun telah dipukul dengan besi hingga pengsan oleh penumpang lelaki
dalam bas tersebut.
Sementara itu, Jyoti pula diheret ke belakang bas sebelum
dipukul, diseksa lalu dirogol. Lagi kejam, bahagian kemaluannya telah ditusuk
dengan batang besi berbentuk L oleh salah seorang pelaku. Jyoti menahan kesakitan
apabila besi tersebut ditarik keluar semula hingga terkeluar sebahagian
ususnya. Jyoti sempat untuk melawan namun kudrat wanitanya tidak mampu untuk
melawan enam orang lelaki. Selepas Jyoti dirogol berkali-kali, dia dan Avnindra
telah dilempar keluar dari bas. Mereka berdua yang cedera parah kemudian
ditemui oleh orang awam sebelum dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan
lanjut.
Avnindra Pandey (India Today) |
Biarpun Avnindra mengalami kecederaan yang teruk, dia dapat diselamatkan. Malang buat Jyoti apabila keadaannya begitu kritikal hingga terpaksa dihantar ke sebuah hospital di Singapura. Dia terpaksa melalui beberapa pembedahan termasuk mengeluarkan sebahagian ususnya yang mula membusuk. Bahkan Jyoti juga parah di bahagian otak, paru-paru dan perut. Hinggalah pada 29 Disember 2012, Jyoti telah disahkan meninggal dunia.
Kisah tragis yang menimpa Jyothi ini menimbulkan kemarahan orang ramai. Rakyat India melakukan demonstrasi luar biasa dengan melakukan protes besar-besaran terhadap pihak kerajaan serta polis hingga perayaan tahun baru terpaksa dibatalkan. Pihak polis telah dikecam dengan begitu teruk sekali. Seperkara perlu diketahui iaitu pada hari kejadian, berlakunya satu insiden lain di dalam bas yang sama yang dinaiki oleh Jyothi dan Avnindra. Kisahnya, ada seorang lelaki bernama Ramadhir Singh telah menaiki bas sebelum itu. Dia bernasib malang apabila menjadi mangsa rompakan oleh pelaku yang merogol Jyothi. Selepas dibelasah dan dirompak, Ramadhir telah dihumban keluar dari bas. Dia kemudian terserempak dengan tiga orang anggota polis yang kebetulan melakukan rondaan lalu terus melaporkan insiden yang menimpa dirinya. Malang sekali apabila tiga anggota polis berkenaan enggan untuk mengambil sebarang tindakan memandangkan insiden rompakan tersebut berlaku bukan dalam kawasan jagaan mereka. Bahkan Ramadhir telah disuruh untuk melaporkan perkara itu di balai polis yang sepatutnya. Bayangkan jika ketiga-tiga anggota polis tersebut mengejar bas itu pada malam kejadian, Jyoti sudah pasti akan terselamat.
Berdasarkan keterangan daripada Avnindra dan Ramadhir serta
ditambah dengan penelitian kamera litar tertutup, pihak polis berjaya menjejaki
suspek dalam tempoh 24 jam selepas waktu kejadian. Pemandu bas itu dikenalpasti
sebagai Ram Singh. Hasil siasatan juga mendapati bas dipandu oleh Ram tersebut
merupakan bas yang disewanya dan diharamkan untuk beroperasi berikutan keadaan cermin
tingkap terlalu gelap. Suspek lain yang ditahan pula iaitu Mukesh Singh (adik
Ram Singh), Vinay Sharm, Pawan Gupta, Akshay Takur dan Mohammed Afroz. Daripada
semua suspek, Vinay yang dilaporkan bekerja sebagai jurulatih kecergasan adalah
yang paling terpelajar dengan kebolehan fasih berbahasa Inggeris. Tentang Ram
Singh, dia telah ditemui mati tergantung dalam penjara pada bulan Mac 2013.
Tidak dapat dipastikan samada punca kematiannya disebabkan bunuh diri atau
sebaliknya.
Berhubung dengan keputusan perbicaraan kes bulan September 2013, Mukesh Singh, Vonay Sharma Pawan Gupta dan telah Akhsay Takur telah dijatuhkan hukuman mati. Biarpun pelbagai rayuan dibuat oleh mereka, pihak mahkamah tetap dengan pendirian bagi menegakkan keadilan untuk Jyoti. Mereka berempat menerima hukuman gantung sampai mati itu pada pagi 20 Mac 2020. Berkenaan dengan Mohammed Afroz, dia telah dibebaskan atas statusnya sebagai pesalah juvenil. Cuma, jangan terkejut untuk mengetahui bahawa Afroz adalah individu yang menusuk kemaluan Jyothi menggunakan batang besi sebelum ditarik keluar semula. Terdapat laporan yang mendakwa dia kini tinggal di selatan India dengan diberikan identiti baru.
Catat Ulasan for "KISAH JYOTI SINGH : Insiden Rogol Paling Kejam di India"