Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

ANNA LEIKOVIC : Model Cantik yang Psikopat

Anna Leikovic

    Nama Anna Leikovic iaitu seorang wanita muda cantik dari Moldova yang bekerja sebagai model cantik kini mula menjadi sebutan orang ramai. Siapa sangka di sebalik kecantikan wajahnya, Anna yang mempunyai latarbelakang pelajar kedoktoran dilabel sebagai psikopat kerana membunuh ibu kandungnya sendiri dengan begitu kejam sekali. 

    Bulan Disember tahun 2020, Anna (21 tahun) telah bertengkar dengan ibunya yang bernama Praskovya Leikovic (40 tahun) yang baru pulang dari Jerman. Pertengkaran tersebut dikatakan berlaku berpunca daripada Praskovya yang mengesyaki Anna menagih dadah. Rentetan daripada perkara itu, Praskovya telah menasihati Anna untuk mendapatkan rawatan. Apa yang berlaku kemudian, Anna bertindak untuk menikam ibunya dengan menggunakan pisau dapur. Harus diketahui, Praskovya masih lagi hidup sejurus selepas tikaman tersebut. Entah apa yang merasuki Anna, dia terus membelah dada Praskovya lalu mengeluarkan beberapa bahagian organ seperti jantung dan paru-paru. Selesai berbuat sedemikian, Anna membersihkan diri untuk pergi berjumpa dengan teman lelakinya. Dia bagaimanapun dapat ditangkap oleh pihak polis pada 72 jam kemudian susulan penemuan mayat Praskovya. 

Praskovya Leikovic

    Sewaktu perbicaraan kesnya di mahkamah, Anna yang turut mempunyai seramai 10 000 pengikut di laman Instagram langsung tidak menunjukkan sebarang tanda penyesalan. Malah dia siap berbaring di atas kerusi sambil bermain kuku sementara menunggu kedatangan pihak juri. Dia bagaimana mengubah posisi kepada berdiri di atas kerusi sebaik pihak juri memasuki mahkmah. Paling mencuri tumpuan adalah sewaktu Anna diajukan soalan oleh wartawan berhubung dengan motif pembunuhan kejamnya itu. Dia sempat untuk ketawa sambil membalas, 

    "Selamat tinggal".  

     Video Anna di mahkamah :

 

    Praskovya sebelum ini diberitahu bahawa dia merupakan seorang ibu yang baik dan gemar meluangkan masanya untuk bersama dengan Anna. Apapun, perbicaraan kes masih lagi berjalan serta pada masa yang sama pasukan penyiasat sedang giat melakukan siasatan lanjut bagi mengenalpasti motif sebenar pembunuhan 

1 ulasan for "ANNA LEIKOVIC : Model Cantik yang Psikopat"

  1. Jadi tak betul la tu lepas bunuh mak sendiri..tak tau la apa nk jd dgn manusia kat dunia ni..makin lama makin pelik perangai..senang² je bunuh orgšŸ¤¦

    BalasPadam