KISAH PENCULIKAN CHLOE AYLING : Mangsa Penculikan Darkweb?
Chloe Ayling adalah seorang model muda cantik dan seksi dari
British yang dilahirkan pada tahun 1997. Tahun 2014, Chloe mula menjalinkan
hubungan dengan seorang lelaki bernama Conor Keyes. Dua tahun berikutnya, Chloe
telah melahirkan seorang anak lelaki. Chloe bagaimanapun bergelar menjadi ibu
tunggal selepas berpisah dengan Connor pada waktu enam bulan selepas kelahiran
anak mereka.
Pada tahun 2017, Chloe memulakan kariernya sebagai model
untuk agensi milik Phil Green’s yang juga merupakan seorang peguam serta deejay
sambilan. Bulan Mac 2017, Chloe telah menerima tawaran sesi fotografi di Paris,
Perancis. Walau bagaimanapun, pada waktu kemudiannya sesi fotografi itu terpaksa
dibatalkan selepas segala peralatan fotografi milik jurugambar terlibat bernama
Andre Lazio dilaporkan hilang. Empat bulan kemudian, Phil telah dihubungi
semula oleh Andre. Kali ini, tawaran sesi fotografi untuk Chloe bertempati di
Milan, Itali. Chloe yang kebetulan berada di Dubai waktu tersebut bersetuju
lalu terus berangkat ke Itali.
Gambar sekadar hiasan |
Apa yang berlaku kemudian, ibu Chloe mula berasa risau susulan Chloe yang langsung tidak pulang ke rumah. Rentetan daripada perkara itu, ibu Chloe pun memberitahu perkara berkenaan kepada Phil. Keesokan harinya, Phil telah menerima satu e-mel daripada seorang penghantar bernama “MD” yang mewakili sebuah organisasi penyeludupan haram dalam talian iaitu Black Death Group. Menerusi e-mel tersebut, MD menuntut wang tebusan sebanyak $300 000 daripada pihak Phil. Gagal membuat sebarang pembayaran, maka Chloe bakal dijual sebagai hamba seks ke laman Dark Web.
Masuk hari keenam kehilangan Chloe, dia tiba-tiba muncul di bangunan
konsulat British yang terletak di Milan. Chloe memberitahu pihak terbabit
bahawa dirinya baru saja dilepaskan oleh si penculik selepas menjadi mangsa
penculikan selama enam hari. Cerita Chloe, dia telah diculik di lokasi sesi
fotograf oleh individu tidak dikenali sebelum disuntik hingga tidak sedarkan
diri. Seterusnya, Chloe disumbat ke dalam bagasi dengan keadaan mulut serta
terikat lalu dibawa pergi ke sebuah rumah ladang terpencil menggunakan kereta.
Individu yang bertanggungjawab melakukan penculikan itu dikenalpasti sebagai “MD”
atau nama sebenarnya adalah Lukasz Herba. Harus diketahui, Lukasz merupakan
seorang pengaturcara komputer berdarah Poland. Dia yang mendakwa dirinya
sebagai anggota Black Death Group telah mengugut untuk menjual Chloe ke laman
Dark Web. Lagi menakutkan Chloe, dia juga akan dijadikan sebagai makanan
harimau. Sukar untuk Chloe melarikan diri kerana menurut Lukasz, Black Death
Group sentiasa memerhatikan gerak gerinya. Paling memeranjakan Chloe adalah
fakta bahawa Lukasz merupakan individu yang sebelum ini menyamar sebagai Andre
Lazio.
Lukasz dan Chloe |
Hingga pada suatu ketika, Lukasz telah mengajak Chloe untuk tidur sekatil. Menyedari hal tersebut adalah peluang terbaik untuknya melarikan diri, Chloe terus bersetuju. Dia memerangkap Lukasz dengan berpura-pura melayan penculiknya itu dengan begitu baik sekali. Dalam erti kata lain, Chloe kononnya jatuh cinta. Taktik Chloe berjaya apabila Lukasz benar-benar terpedaya dengannya. Lukasz bersetuju untuk membebaskan Chloe dengan bersyarat. Pertama, Chloe kelak akan membayarnya sejumlah wang dalam bentuk Bitcoin. Kedua, Chloe sebagai model popular harus mendedahkan tentang Black Death Group kepada umum. Tiada masalah buat Chloe untuk menerima syarat itu. Jadi, mereka berdua pun sama-sama menuju ke konsulat British. Mengikut rancangan asal, Lukasz akan melarikan diri selepas menghantar Chloe. Selesai berbuat sedemikian, Chloe akan menceritakan kepada pihak konsulat tentang apa yang telah berlaku terhadap dirinya. Dia yang konon berjaya melarikan diri daripada si penculik telah menghubungi rakan lelakinya bernama Lukasz bagi meminta bantuan. Curiga dengan cerita Chloe, pihak yang terbabit segera melakukan penangkapan terhadap Lukasz bagi siasatan selanjutnya. Turut ditahan adalah abang Lukasz bernama Michal Herba yang disyaki bersubahat melakukan penculikan walaupun dia menafikan sekerasnya tuduhan tersebut.
Berhubung dengan perbicaraan kes, Lukasz memberitahu pihak mahkamah bahawa dia telah jatuh cinta dengan Chloe. Disebabkan itu, dia sanggup mencipta satu skandal penculikan yang terinspirasi daripada sebuah filem berjudul By Any Means (2016) bagi menaikkan karier Chloe. Nasib bagaimanapun tetap tidak menyebelahi Lukasz apabila dia yang didapati bersalah atas dakwaan melakukan penculikan telah menerima hukuman penjara 16 tahun 9 bulan. Tentang Black Death Group, organisasi dalam talian tersebut sebenarnya tidak pernah wujud. Sementara itu, Chloe berdepan dengan persepsi negatif daripada pihak media Inggeris secara berterusan yang menuduh kisah penculikannya adalah palsu belaka. Semua itu dilakukannya untuk meraih populariti dengan cepat. Pihak media telah berjaya mengorek satu maklumat di mana Chloe dan Lukasz sudah lama berkawan di lama Facebook. Seperkara lagi iaitu sewaktu tempoh penculikannya, Chloe dan Lukasz ada jalan bersama sambil berpegangan tangan melalui rakaman kamera litar tertutup. Bahkan selepas kejadian penculikan tersebut, Chloe yang kerap diwawancara tidak pernah menunjukkan reaksi sedih dengan apa yang telah menimpa dirinya.
Catat Ulasan for "KISAH PENCULIKAN CHLOE AYLING : Mangsa Penculikan Darkweb?"