Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH PEMBUNUHAN KEJAM FAHIM SALEH

    Fahim Saleh yang berketurunan Bangladesh dilahirkan pada 12 Disember 1986 di negara Arab Saudi. Sewaktu dia masih kecil, ibu bapa Fahim sering berpindah randah hingga pada pada akhirnya mereka sekeluarga menetap di Rochester, Amerika Syarikat.

    Sejak dari kecil lagi, Fahim sangat meminati bidang komputer. Disebabkan itu, Fahim berjaya mencipta pelbagai aplikasi yang bermanfaat untuk digunakan oleh keluarga dan rakan-rakannya. Hinggalah satu hari, dia telah berjaya mencipta aplikasi yang dinamakan sebagai Prankdial. Aplikasi ini kemudiannya memberi keuntungan kepada Fahim sebanyak 10 juta USD. Fahim yang bijak seterusnya menggunakan wang itu sebagai pembiayaan pelajarannya di universiti serta pada masa sama digunakan untuk mengembangkan bisnes.

    Tahun 2015, Fahim telah membangunkan perusahaan pengangkutan yang dinamakan sebagai Pathao di Bangladesh dan Nepal. Tiga tahun berikutnya, perusahaan Fahim tersebut semakin berkembang dengan bertapak di Nigeria. Jika sebelumnya Pathao, di Nigeria pula adalah Gokada. Selain itu, Fahim juga telah membuat pelaburan untuk Picap yang beroperasi di negara Colombia. Seperkara lagi yang perlu diketahui, dia juga merupakan rakan pengasas Adventure Capital iaitu sebuah firma modal teroka yang berpusat di Manhattan, Amerika Syarikat.

    Fahim bergelar sebagai jutawan pada usia yang sangat muda. Hasil usaha kerasnya juga, dia dapat membeli sebuah apartment mewah yang dianggarkan bernilai sekitar 2.2 juta USD. Kejayaannya telah mencetuskan inspirasi kepada orang muda di seluruh dunia. Fahim yang tidak pernah lupa asal usul menabur bakti kepada orang tuanya dengan membelikan mereka rumah yang besar dan kereta mewah. Sebagai majikan pula, dia begitu ramah dengan pekerjanya dan tidak pernah sesekali sombong. Fahim dikatakan seorang yang sentiasa berfikiran positif dan dermawan. Dia pernah memberitahu bahawa niatnya untuk menjadi usahawan berjaya adalah untuk membantu orang ramai mendapat kehidupan yang lebih baik.

    Pada 14 Julai 2020, adik perempuan Fahim telah pergi ke rumah apartment Fahim selepas abangnya itu gagal untuk dihubungi. Sebaik memasuki apartment berkenaan, adik Fahim terus menjerit sambil menangis teresak-esak selepas menemui mayat abangnya dalam keadaan yang begitu mengerikan. Mayat Fahim ditemui tanpa kepala, tangan dan kaki. Semua anggota tubuh badan Fahim yang sudah dikerat tersebut didapati telah dibuang ke dalam plastik tong sampah.

    Pihak polis yang tiba di lokasi kejadian terus melakukan siasatan secara menyeluruh. Berdasarkan pemeriksaan kamera litar tertutup di apartment itu yang bertarikh 13 Julai 2020 mendapati Fahim memasuki lif dari lobi sambil diekori oleh seorang lelaki berpakaian serba hitam dengan memakai topi, penutup muka serta sarung tangan. Selepas keluar dari lif, Fahim rebah akibat ditembak dengan pistol perenjat elektrik. Menerusi laporan bedah siasat, Fahim telah ditikam pada bahagian leher dan dada. Selepas membunuh dan mengerat Fahim, pembunuh cuba untuk membersihkan lokasi kejadian. Cara pembunuhan dan keratan yang dilakukannya menunjukkan dia adalah seorang pembunuh professional. Pembunuh tersebut juga masih berada di lokasi kejadian sewa sewaktu hari penemuan mayat. Menyedari kehadiran adik Fahim, pembunuh itu terus melarikan diri menggunakan pintu belakang apartment.

    Tidak lama kemudian, pihak polis berjaya mengesan transaksi kad kredit milik Fahim yang digunakan untuk pembayaran teksi serta pembelian belon, alat-alat kebersihan dan mesin gergaji untuk mengerat Fahim. Selepas siasatan lanjut dijalankan, identiti suspek benar-benar memeranjatkan! Dia dikenalpasti sebagai Tyrese Devon Haspil, pembantu peribadi Fahim yang berusia 21 tahun.

 Tyrese Devon Haspil

    Tyrese yang turut mempunyai kepakaran dalam bidang program komputer telah ditangkap oleh pihak polis pada 17 Julai 2020 di kediamannya. Dia dilaporkan sudah bekerja dengan Fahim sejak berusia 16 tahun lagi kerana Fahim menyedari potensi yang ada dalam dirinya. Jawatan yang ditawarkan oleh Fahim bukan jawatan biasa. Tyrese telah diberikan kepercayaan untuk menjadi pembantu peribadi dan ketua dalam salah satu operasi syarikat. Malah, Tyrese dibayar dengan gaji lumayan hingga dia mampu untuk melangsaikan segala hutang dan membeli apartment mewah.

    Berhubung dengan motif, Tyrese dipercayai melakukan pembunuhan terbabit selepas perbuatannya menyonglap duit syarikat berjumlah lebih daripada $90 000 telah diketahui oleh Fahim. Berkemungkinan menilai perkara tersebut daripada pelbagai sudut, Fahim membuat keputusan untuk tidak membuat laporan polis. Bahkan dia memilih untuk menyelesaikan perkara itu secara peribadi dengan menyuruh Tyrese membayar balik wang curiannya secara ansuran. Fahim siap mengajar Tyrese cara untuk menjana wang lebihan tanpa terusik gaji bulanan.

    Pembunuhan Fahim ternyata mengejutkan ramai pihak. Paling terkesan sudah semestinya keluarga Fahim dan para pekerjanya. Seorang usahawan dan majikan yang tidak akan dapat ditukar ganti. Perbicaraan kes masih lagi berjalan dengan pengakuan awal daripada Tyrese adalah mengaku tidak bersalah. Cuma apa yang masih menjadi persoalan adalah cara pembunuhan dan keratan mayat yang dilakukan oleh Tyrese adalah begitu rapi. Harus diingatkan, Tyrese tidak mempunyai sebarang latarbelakang kedoktoran. Jika benar dia membunuh Fahim kerana enggan untuk membayar hutang, bukankah Fahim sudah memberi jalan penyelesaian yang mudah? Adakah ada kisah yang lebih gelap daripada itu?

5 ulasan for "KISAH PEMBUNUHAN KEJAM FAHIM SALEH "

  1. Best. Sy sngt suka crta pembunuhn ni, ia menfajar sy untk tdk percya siapa2.. Ohya min.. Ada tk crta tentg kish pembunuh artis malysia boboy.. Dgr crta artis tu kena bunuh.b

    BalasPadam
  2. Kisah yang lebih gelap pasti terungkai.....jeng....jeng...jeng....

    BalasPadam
  3. Kesiannya si Fahim ni..orang baik memang camtu la..selalu di aniaya oleh orang jahat macam Tyrese ni..walau dia bijak dalam serba serbi tapi tersilap memilih rakan..si Tyrese ni jenis manusia tak mengenang budi..ibarat melepaskan anjing yg tersepit..semoga keadilan untuk Fahim akan dapat ditegakkan..semoga si Tyrese ni mereput dalam penjara seumur hidup..

    BalasPadam
  4. Kesiannya si Fahim ni..orang baik memang camtu la..selalu di aniaya oleh orang jahat macam Tyrese ni..walau dia bijak dalam serba serbi tapi tersilap memilih rakan..si Tyrese ni jenis manusia tak mengenang budi..ibarat melepaskan anjing yg tersepit..semoga keadilan untuk Fahim akan dapat ditegakkan..semoga si Tyrese ni mereput dalam penjara seumur hidup..

    BalasPadam
  5. Kesiannya si Fahim ni..orang baik memang camtu la..selalu di aniaya oleh orang jahat macam Tyrese ni..walau dia bijak dalam serba serbi tapi tersilap memilih rakan..si Tyrese ni jenis manusia tak mengenang budi..ibarat melepaskan anjing yg tersepit..semoga keadilan untuk Fahim akan dapat ditegakkan..semoga si Tyrese ni mereput dalam penjara seumur hidup..

    BalasPadam