KISAH SEDIH GEORGE STINNEY
George Stinney |
Kisah George Stinney Jr sememangnya benar-benar menyedihkan.
Dia telah dijatuhkan hukuman mati sewaktu berusia 14 tahun sekaligus
menjadikannya pesalah paling muda yang pernah dihukum mati di Amerika Syarikat.
Paling menyedihkan, George mati atas kesalahan yang tidak pernah dilakukannya. Dia
dipaksa oleh pihak polis untuk mengaku melakukan pembunuhan hanya kerana dia
berkulit hitam.
Kisahnya bermula pada bulan Mac tahun 1944 apabila dua orang
budak perempuan bernama Betty June Binnicker (11 tahun) dan Mary Emma Thames (7
tahun) telah keluar dari rumah mereka untuk mencari bunga. Sewaktu dalam
perjalanan, mereka berdua sempat untuk bertegur sapa dengan George bersama adik
perempuannya. Apa yang berlaku seterusnya adalah Betty dan Mary dilaporkan
hilang. Namun selepas operasi pencarian dijalankan, mayat dua sekawan tersebut berjaya
ditemui dengan terdapat kesan hentakan pada bahagian kepala mereka.
Memandangkan George
merupakan individu terakhir yang dililhat bersama mangsa, maka dia pun ditahan
untuk disoal sesi siasat. Sepanjang tempoh penahanannya, George yang dikurung
bersendirian tidak dibenarkan sama sekali untuk berjumpa dengan ibu bapanya
serta pada masa sama dilarang bagi mendapatkan khidmat peguam. Disebabkan
begitu ketakutan, George terpaksa menurut kata polis dengan membuat pengakuan
melakukan pembunuhan itu. Rentetan daripada perkara tersebut, maka dia pun
dibicarakan untuk dijatuh hukum.
Hanya selepas dua jam lebih perbicaraan, George yang didapati bersalah telah dijatuhkan hukuman mati walaupun tiada sebarang bukti kukuh untuk mengaitkannnya sebagai pembunuh. Tanggal 16 Jun 1944, George akhirnya dihukum mati menerusi renjatan kerusi elektrik.
Pada tahun 2009, seorang peguam bernama Matt Burgass telah
membuat aduan tentang perbicaraan kes George Stinney. Lima tahun berikutnya
iaitu pada tahun 2014 bersamaan dengan 70 tahun selepas kematian George, barulah
keadilan sebenar dapat ditegakkan. Pihak juri di South Carolina telah memutuskan
bahawa George tidak bersalah dalam kes pembunuhan Betty dan Mary. Ternyata,
berat senjata besi yang digunakan untuk membunuh Mary dan Betty adalah lebih
daripada 19 kilogram. Maka begitu mustahil George yang berbadan kecil untuk
mengangkat besi seberat itu.
Pernah menonton filem Green Mile lakonan Tom Hanks yang diangkat daripada novel dengan judul sama karya Stephen King? Ya, inspirasi kisah George Stinney.
Catat Ulasan for "KISAH SEDIH GEORGE STINNEY "