KISAH PEMBUNUHAN JULIE SCULLY : Kerana Janji Manis
Pada tahun 1997, Julie Scully adalah seorang isteri dan ibu berusia
29 tahun yang menetap di Trenton, New Jersey. Daripada segi luaran, segalanya
nampak sempurna untuk Julie. Suaminya iaitu Tim Nist merupakan seorang ahli
perniagaan berjaya. Selain itu, Julie juga mempunyai seorang anak perempuan
kecil comel yang bernama Katie. Mereka sekeluarga tinggal di rumah besar yang
serba mewah. Walau bagaimanapun, semua itu tidak menjamin kebahagiaan untuk Julie.
Dia telah mengalami penyakit kemurungan Postpartum Depression selepas
melahirkan Katie. Seperkara harus diketahui iaitu sewaktu sebelum
perkahwinannya, Julie merupakan seorang model cantik dan seksi yang kerap
menghiasi muka majalah dengan gaya berbikini.
Julie bersama suami dan anak |
November 1997, Tim telah mengajak Julie menaiki kapal persiaran mewah yang mengelilingi Carribean. Mendengar perkara itu, Julie berasa sangat gembira. Di kapal mewah tersebut, Julie telah menarik perhatian ramai lelaki gara-gara kecantikan dan keseksiannya. Tim pula sudah terbiasa dengan situasi sedemikian. Dalam ramai-ramai lelaki yang mengusik Julie, ada seorang lelaki yang benar-benar menarik perhatiannya. Lelaki itu adalah George Skiadopoulos (21 tahun), pekerja kapal persiaran mewah tersbut yang berasal dari negara Greece. Julie dan George pada asalnya sekadar berkawan, namun lama kelamaan mereka berdua saling jatuh hati. Hati Julie menjadi semakin cair mendengar pujian yang diberikan oleh George kepadanya.
Selesai percutian, Tim dan Julie kembali pulang ke New
Jersey. Tanpa pengetahuan Tim, Julie dan George saling berutus surat dan
berborak mesra melalui telefon. Tidak lama kemudian, Tim sekali lagi membawa
Julie bercuti menaiki kapal persiaran mewah yang sama pada percutian
sebelumnya. Semua itu adalah atas permintaan Julie yang seterusnya mengambil peluang
untuk bermesraan dengan George. Waktu ini, George mendesak Julie untuk
meninggalkan Tim.
Julie dan George |
Lama-kelamaan, kecurangan Julie akhirnya dapat dihidu oleh Tim selepas mendapati bil telefon rumah yang melambung tinggi. Tim menuntut penjelasan daripada Julie yang kemudian membuat pengakuan tentang hubungannya bersama George. Lagi mengejutkan Tim apabila isteri yang dicintainya itu sanggup untuk menuntut cerai. Tim yang akur terpaksa merelakan perkara tersebut berlaku. Mereka berdua berkongsi hak penjagaan anak. Selepas Julie memfailkan penceraian, George yang berhenti bekerja kembali pulang ke Greece. Dia memujuk Julie untuk tinggal bersamanya. Keluarga dan rakan-rakan Julie tidak bersetuju kerana George dikatakan tidak kacak serta tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh memandangkan dia masih tinggal bersama kedua-dua orang tuanya. Cinta itu boleh membutakan, begitulah Julie. Dia berasa bahawa George adalah teman hidup yang sempurna untuk dirinya.
Bulan November 1998, Julie pun terbang ke Greece seorang
diri untuk tinggal bersama George. Dia pergi bukan dengan tangan kosong. Julie
membawa wang pampasan penceraian sebanyak $600 000 yang bakal dijadikan modal
untuk George menjalankan perusahaan teksi. Diringkaskan ceritanya, Julie dan
George menyiapkan segala dokumen bagi urusan perkahwinan. Sebolehnya, mereka
berdua ingin berkahwin secepat yang mungkin. Namun selepas beberapa hari
menetap di Greece, Julie mengalami kejutan budaya. Segala yang dirancang tidak
berjalan dengan lancar. Lagi memeritkan apabila dia tidak fasih berbahasa
Yunani serta pada masa sama tidak digemari oleh ibu bapa George tanpa sebab
yang jelas. George pula menunjukkan belangnya yang sebenar. Dia adalah seorang
lelaki pengongkong, panas baran dan terlampau sentitif. Paling mengejutkan
Julie, George mempunyai penyakit skizofrenia. Dia tidak menyangka George menunjukkan
sisi berbeza berbanding semasa berada di kapal persiaran mewah.
Dari hari ke hari, Julie semakin tertekan dan menyesal.
Ditambah dengan kerinduan terhadap Katie, Julie telah menelefon Tim pada 6
Januari 1999 bagi menyatakan keinginannya untuk pulang semula ke New Jersey. Tim
dikatakan bersedia untuk memberikan peluang kedua buat Katie. Beberapa hari
berikutnya, George telah menelefon Tim bagi memberitahu tentang kehilangan
Julie secara mengejut. Julie dikatakan menghilang tanpa membawa pasport dan kad
kredit miliknya. Tim dan keluarga Julie yang berasa curiga dengan George
seterusnya melaporkan perkara itu kepada pihak kedutaan Amerika. Hasil operasi
siasatan serta pencarian dengan bantuan polis tempatan Greece bersamaan dengan
hari keenam belas kehilangan Julie, George akhirnya membuat pengakuan tentang
pembunuhan Julie beriktuan kereta yang disewanya didapati berbau busuk mayat
manusia.
Berdasarkan keterangan daripada George berhubung tentang hari
kejadian, dia dan Julie telah bergaduh di dalam kereta iaitu sewaktu mereka
dalam perjalanan ke Athens untuk mengambil dokumen perkahwinan. Pergaduhan
tersebut berpunca daripada Julie yang tiba-tiba ingin memutuskan perhubungan. Disebabkan
berasa panik, George telah bertindak untuk mencekik Julie dengan tangan sampai
mati. Mayat Julie kemudian cuba dibakar oleh George, namun usaha itu tidak
berjaya. Jadi, George pun menyumbat mayat Julie tanpa kepala ke dalam beg
bimbit. Kepala Julie yang sebelumnya dikerat dengan gergaji besi telah dibuang
ke dalam lautan. Beg bimbit yang mengandungi mayat Julie pula dilempar ke
kawasan paya di mana waktu kemudiannya telah berjaya ditemui semula oleh pihak
polis. Sementara itu, kepala Julie gagal untuk dikesan.
Berhubungan perbicaraan kes, George yang didapati bersalah atas pertuduhan membunuh telah diperintahkan untuk menjalani hukuman di penjara seumur hidup. Cumanya, jangan berasa terkejut untuk mengetahui tempoh penjara George hanyalah selama lapan tahun selepas rayuannya diterima. Hari ini, George sudah pun berkahwin lain dan masih lagi tinggal di Kavala, Greece.
Begitu la..sendiri cari penyakit..ni la akibatnya bila manusia tak reti nak bersyukur..
BalasPadam