DIBUNUH GARA-GARA MALAS MEMASAK!
Gambar sekadar hiasan (Wikimedia) |
INDIA – Hanya kerana malas memasak, seorang wanita berusia
65 tahun telah mati dibunuh oleh suami dan anak tirinya. Mayat mangsa yang
dikenalpasti sebagai Baskali Devi ditemui di kawasan Patti pada 28 Januari yang
lepas.
Berdasarkan siasatan yang dilakukan pihak polis, suspek
iaitu Jhunnilal Prajapati dan anaknya, Vijay Kumar Prajapati telah melakukan
pembunuhan tersebut bersama dua orang lagi suspek yang tidak didedahkan namaya.
Vijar Kumar merupakan anak Jhunnilal hasil perkahwinannya yang terdahulu.
Menerusi pengakuan yang dibuat oleh Jhunnilal, dia kerap
bertengkar dengan isterinya. Hinggalah pada 27 Januari 2021, Jhunnilal gagal
untuk mengawal emosinya selepas Baskali enggan untuk memasak. Disebabkan itu,
Jhunnilal dengan bantuan Vijay Kumar serta dua orang lagi kenalan mereka telah
membunuh Baskali. Setelah dibunuh, mayat Baskali kemudian dibuang di sebuah
jambatan. Seterusnya suspek membuat laporan polis dengan memberitahu bahawa
Baskali telah diculik.
Kesemua suspek yang kini sedang dalam tahanan polis bakal
melalui proses perbicaraan dengan menerima pertuduhan membunuh.
Sumber Berita : Indiatimes
bini ko x masak ko kmasak le sendiri
BalasPadam