Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

LIMA KANAK-KANAK MAUT DITEMBAK

Suspek

    Muskogee, Amerika Syarikat - Seorang lelaki berusia 25 tahun telah ditahan oleh pihak polis selepas dilaporkan menembak mati seramai enam orang mangsa. Mereka yang maut dikenalpasti sebagai Javarion Lee (24 tahun), Que’dynce Anderson (9 tahun), Neveah Pridgeon (6 tahun), Harmony Anderson (5 tahun) dan Jalaiya Pridgeon (1 tahun). Seorang lagi mangsa tembakan iaitu Brittany Anderson yang juga merupakan ibu kepada kanak-kanak tersebut turut mengalami kecederaan. Dia yang telah dimasukkan ke dalam hospital kini dilaporkan sedang berada dalam keadaan stabil.

    Suspek yang dikenali sebagai Jarron Deajon Pridgeon (25 tahun) merupakan abang Javarion dan bapa kepada dua orang mangsa. Selain itu, berdasarkan pemeriksaan awal mendapati Jarron yang mempunyai rekod jenayah sebelum ini dilaporkan pernah diperintahkan oleh pihak juri mahkamah untuk dipantau oleh pakar psikiatri.

    Buat masa sekarang, Jarron yang ditangkap tidak lama selepas waktu kejadian masih enggan untuk memberikan kerjasama sepenuhnya dengan pihak polis. Niat dan motif sebenar pembunuhan masih lagi dalam siasatan. Menurut kenyataan daripada pihak berkuasa yang berkenaan, sebarang perkembangan kes akan dimaklumkan kemudian. 

Catat Ulasan for "LIMA KANAK-KANAK MAUT DITEMBAK "