Gara-gara cinta, wanita dibakar hidup-hidup.
India - Seorang wanita telah dibunuh oleh anggota keluarganya sendiri dengan cara dibakar hidup-hidup. Pembunuhan itu dilaporkan adalah demi kehormatan keluarga. Antara suspek ditahan adalah bapa kandung (Kailash Yadav), abang kandung (Ajit Yadav) serta abang ipar (Satyaprakash Yadav dan Sitaram Yadav).
Menerusi kenyataan yang dibuat oleh pihak polis, mereka kini sedang menjejaki pembunuh upahan bernama Varun Tiwari yang telah diupah oleh suspek untuk membunuh mangsa. Varun dilaporkan dibayar sebanyak Rs 1.5 lakh bagi melakukan pembunuhan tersebut.
Sementara itu, mangsa dikenalpasti sebagai Ranjaya Yadav. Mayatnya telah dijumpai pada 4 Februari lepas di kawasan perkampungan Jigina. Berdasarkan siasatan mendapati Ranjana dibunuh kerana menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki muslim. Disebabkan Ranjana enggan untuk memutuskan perhubungannya, dia telah dibawa oleh salah seorang suspek ke dalam sebuah hutan dengan menaiki motosikal sebelum diikat kedua-dua tangan dan kaki. Apa yang berlaku kemudian, Ranjana disimbah dengan minyak petrol lalu dibakar. Seterusnya, semua suspek berlalu pergi meninggalkan Ranjana untuk mati.
Sumber Berita : India Today
Kejam nya..
BalasPadam