IBU KELUAR BERPARTI, ANAK MATI KELAPARAN DI RUMAH
Verphy dan Asiah |
ENGLAND - Seorang ibu muda yang membiarkan bayinya tinggal bersendirian di rumah selama enam hari untuk pergi berparti hingga menyebabkan kematian telah disabitkan kesalahan membunuh. Gadis bernama Verphy Kurdi itu yang kini berusia 19 tahun membuat pengakuan bersalah di mahkamah pada awal hari ini.
Tahun 2019, Verphy telah keluar dari rumah untuk berparti serta pada sama membiarkan anak perempuannya yang berusia 20 bulan iaitu Asiah mati kelaparan di rumah. Menerusi pemeriksaan kamera litar tertutup mendapati Verphy meninggalkan rumah apartmentnya yang terletak di Brighton, Sussex pada 5 Disember bagi menyambut parti ulang tahun kelahirannya yang ke-18. Verphy hanya kembali pulang ke rumah pada enam hari berikutnya iaitu bersamaan dengan 11 Disember. Tidak lama selepas kepulangannya, Verphy terus membuat panggilan kecemasan untuk memberitahu Asiah dalam keadaan tidak sedarkan diri. Asiah telah disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital. Hasil laporan bedah siasat, punca kematian Asiah adalah disebabkan kelaparan, dehidrasi dan dijangkiti selsema.
Catat Ulasan for "IBU KELUAR BERPARTI, ANAK MATI KELAPARAN DI RUMAH"