Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

BUNUH IBU BAPA SENDIRI KERANA DISURUH BANGUN DARI KATIL

Benno Neumair (Kredit : Newsflash)

    ITALI - Seorang lelaki tergamak untuk membunuh ibu bapanya sendiri hanya kerana disuruh untuk membawa anjing belaan keluarga mereka pergi keluar berjalan.

    Suspek iaitu Benno Neumair (31 tahun) telah ditahan oleh pihak polis di Bolzano, Itali selepas ibu bapanya yang bernama Peter Neumair dan Laura Perselli tiba-tiba dilaporkan hilang. Mayat Laura  kemudian bagaimanapun berjaya ditemui di sungai Adige. Berdasarkan pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan cekikan pada leher Laura. Sementara itu, Peter masih belum djumpai walaupun ada kesan darah miliknya yang ditemui di jambatan berhampiran dengan lokasi kejadian.

Peter Neumair dan Laura Perselli (Kredit : Newsflash)

    Benno yang berbadan sado dilaporkan membuat pengakuan dengan pihak polis bahawa dia membunuh ibu bapanya semasa berlaku perrtengkaran antara mereka. Pertengkaran tersebut bermula apabila Peter telah menyuruh Benno bangun dari katil untuk membawa anjing belaan mereka keluar berjalan. Dakwa Benno lagi, bapanya membebel berterusan dengan cara provokasi. Benno turut dimarahi kerana malas melakukan kerja rumah. Disebabkan hilang sabar, Benno kemudian mengambil tali mendaki lalu mencekik bapanya sampai mati. Berkenaan dengan Laura, dia telah dibunuh dengan cara yang sama sebaik dia pulang ke rumah. Mayat Peter dan Laura seterusnya dibuang oleh Benno ke dalam sungai dari sebuah jambatan. 

    Peter kini sedang ditahan di penjara  Bolzano atas pertuduhan membunuh. Kes masih lagi dalam siasatan lanjut.

Catat Ulasan for "BUNUH IBU BAPA SENDIRI KERANA DISURUH BANGUN DARI KATIL"