Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

BAPA KERAT KEPALA ANAK PEREMPUAN SENDIRI


    INDIA - Penduduk di sekitar kawasan perkampungan Pandetara, Uttar Pradesh telah digemparkan dengan satu kejadian di mana seorang lelaki yang dikenalpasti sebagai Sarvesh Kumar dilihat berjalan di jalan raya sambil membawa satu kepala manusia. Lagi mengejutkan apabila kepala manusia tersebut adalah kepala anak perempuan Sarvesh sendiri yang berusia 17 tahun iaitu Neelam.

    Menerusi rakaman video yang tular itu, Sarvesh dipercayai sedang dalam perjalanannya ke balai polis untuk menyerah diri. Dia turut membuat pengakuan melakukan pembunuhan tersebut adalah kerana Neelam telah menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki yang tidak direstuinya. Disebabkan berasa marah, Sarvesh membunuh Neelam di rumah mereka dengan senjata tajam lalu dikerat bahagian kepalanya. Tiada sebarang tanda penyesalan pada riak wajah Sarvesh serta pada masa sama dia memberitahu memang ada berniat untuk membunuh sekali kekasih Neelam.

    Sejurus selepas penahanan Sarvesh, mayat Neelam yang tanpa kepala berjaya ditemui di rumahnya dan kemudian dihantar ke hospital untuk proses bedah siasat. Isteri Sarvesh turut ditahan bagi membantu siasatan.

Catat Ulasan for "BAPA KERAT KEPALA ANAK PEREMPUAN SENDIRI"