BUDAK LELAKI TUJUH TAHUN DIHENTAK DENGAN TUKUL SAMPAI MATI
Rashad Akeem Thompson |
AMERIKA SYARIKAT – Seorang lelaki bertindak di luar kawalan
apabila bertindak untuk menghentak kepala seorang budak lelaki berusia tujuh
yang juga merupakan anak teman wanitanya dengan tukul sampai mati.
Suspek iaitu Rashad Akeem Thompson (34 tahun) telah
melakukan pembunuhan kejam tersebut dalam sebuah apartment yang terletak di
Beckley, West Virginia. Berdasarkan laporan media tempatan, mayat mangsa yang
bernama Tre’shaun itu ditemui oleh pihak polis di atas sofa ruang tamu dengan
kesan kecederaan parah pada bahagian kiri kepalanya. Selain itu, pihak polis turut
menemui tukul yang disyaki sebagai senjata pembunuhan.
Tre'shaun |
Berkenaan dengan suspek, pihak polis telah menahannya di lokasi kejadian. Sewaktu penangkapan tersebut dibuat, suspek sempat memberitahu pihak polis bahawa dia telah pun hilang sabar. Mangsa yang mempunyai masalah pembelajaran dipercayai dihentak dengan tukul oleh suspek sehingga mati. Ibu mangsa yang dikenalpasti sebagai Felicia Brown (24 tahun) pula ditemui berada di rumah jirannya dengan terdapat kesan tikaman pada bahagian muka. Dia yang dikejarkan ke hospital dilaporkan masih berada dalam kritikal.
Suspek yang bakal berdepan dengan beberapa pertuduhan kini sedang dalam tahanan penjara Southern Regional Jail.
Catat Ulasan for "BUDAK LELAKI TUJUH TAHUN DIHENTAK DENGAN TUKUL SAMPAI MATI"