Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

TERBONGKAR RAHSIA ADA ISTERI PERTAMA, LELAKI BUNUH ISTERI KEDUA

Gambar sekadar hiasan (Wikimedia)

    INDIA – Seorang lelaki yang beristeri tiga dari Uttar Pradesh telah ditahan oleh pihak polis Panipat, Haryana selepas didakwa melakukan pembunuhan terhadap tiga individu iaitu isteri kedua serta dua orang anak lelakinya. Menurut kenyataan pihak polis, penangkapan tersebut sekaligus menyelesaikan misteri penemuan tiga rangka manusia yang ditemui di dalam sebuah rumah bertempat di Shiv Nagar pada hari Selasa lepas.

    Awal minggu ini, seorang wanita bernama Saroj telah menemui tiga rangka manusia yang ditanam dalam sebuah bilik di rumahnya. Penemuan itu dibuat sewaktu kerja-kerja pengubahsuaian dijalankan di rumah berkenaan. Cerita asalnya, Saroj telah membeli rumah tersebut pada tahun 2007 daripada seorang lelaki yang bernama Pawan. Siasatan polis kemudian mendapati bahawa pemilik rumah itu sebelum Pawan merupakan seorang tukang kayu iaitu Ahsan Saifi (50 tahun). Sewaktu dia ditangkap, Ahsan didapati tinggal bersama isteri ketiganya. Hasil soal siasat, Ahsan membuat pengakuan bahawa dia telah membunuh isteri kedua (Nazneen, 35 tahun) serta dua orang anak lelaki (Sohail, 14 tahun) dan (Sabir, 14 tahun).

    Ahsan dan Nazneen dilaporkan berkahwin selepas berkenalan melalui laman web mencari jodoh. Ahsan bagaimanapun tidak memberitahu Nazneen tentang isteri pertamanya. Pada masa sama, Ahsan adakala mengunjungi isteri pertama dan tiga orang anaknya yang menetap di Muzaffarnagar, Uttar Prades tanpa pengetahuan Nazneen. Namun sebaik Nazneen mengetahui bahawa dirinya adalah isteri kedua Ahsan, dia tidak membenarkan suaminya itu melawat isteri pertamanya. Disebabkan itu, Ahsan bertindak untuk membunuh Nazneen dan dua orang mereka dengan menggunakan racun. Selepas dibunuh, Ahsan menanam mayat mereka bertiga di dalam sebuah bilik. Selesai berbuat sedemikian, Ahsan menjual rumah tersebut sebelum berkahwin buat kali ketiga lalu tinggal di Bhadohi, Uttar Pradesh.

Sumber Berita : India Today

Catat Ulasan for "TERBONGKAR RAHSIA ADA ISTERI PERTAMA, LELAKI BUNUH ISTERI KEDUA "