Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

CINTA SEJATI SEORANG SUAMI

IMDb

    JEPUN – Sepuluh tahun yang lepas, seorang lelaki bernama Yasuo Takamatsu telah kehilangan isterinya. Isteri Yasuo merupakan salah seorang mangsa dalam kejadian tsunami yang melanda bandar Onagawa, Miyagi. Apa yang berlaku, jasad isteri Yasuo gagal untuk ditemui. Semenjak itu, Yasuo tidak pernah berputus asa untuk mencari isterinya yang tercinta. Bahkan, Yasuo berjaya memperolehi lesen menyelam dalam masa dua tahun selepas kejadian.

    Hingga pada hari ini iaitu sejak dari tujuh tahun yang lepas, Yasuo telah melakukan penyelaman sebanyak 470 kali bagi mencari isterinya di mana aktiviti tersebut dilakukannya pada setiap minggu.

    Yasuo berkata,                   

    “Saya selalu berfikir bahawa dia (isteri) berkemungkinan berada di kawasan yang berdekatan.”

    Selain menyelam secara solo, Yasuo juga menyertai operasi pencarian bawah air yang dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan bagi mencari sekitar 2500 orang mangsa yang mayatnya masih belum ditemui. Setakat ini, dia berjaya menemui album gambar, pakaian dan artifak. Namun tiada satu pun daripada barang itu yang milik isterinya.

Yasuo Takamatsu bersama isterinya

    Kata Yasuo lagi, dia akan terus menyelam untuk mencari isterinya selagi tubuh badannya boleh bergerak. Paling menyentuh jiwa apabila Yasuo memberitahu tentang mesej terakhir isterinya yang bertulis,

    “Adakah awak okay? Saya mahu pulang.”

    “Saya pasti dia masih mahu pulang ke rumah. Saya akan bawa dia pulang.” Yasuo.

Catat Ulasan for "CINTA SEJATI SEORANG SUAMI "