Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

DEMI SEORANG GADIS, DUA LELAKI BUNUH DIRI

    INDIA – Dua orang lelaki muda yang juga merupakan sepupu telah bertindak untuk membunuh diri dengan cara terjun ke landasan di sebuah landasan daerah Bundi, Rajashtan sebelum dilanggar kereta api bergerak pada hari Ahad lepas.

    Berdasarkan laporan daripada pihak polis, lelaki pasangan sepupu itu dikenali sebagai Devraj Gurjar (23 tahun) dan Mahendra Gurjar (23 tahun). Mereka berdua dipercayai membunuh diri kerana telah jatuh cinta dengan gadis yang sama. Selain itu, nama “Asha” ditemui terukir pada bahagian lengan dua lelaki berkenaan. Hati dan jantung mereka pula didapati hancur berkecai di lokasi kejadian.

    Sebelum terjun ke landasan kereta api tersebut, Devraj dan Mahendra sempat untuk merakam percakapan mereka menggunakan telefon. Dalam video itu, mereka berdua memberitahu bahawa tindakan yang dilakukan oleh mereka adalah tanpa sebarang paksaan.

   “Kami mengambil keputusan ini adalah secara individu. Dia tidak harus dipersalahkan untuk apa yang saya akan lakukan atau saya akan disalahkan untuk langkah yang dia akan ambil.”

    Devraj dan Mahendra juga meminta keluarga mereka untuk tidak marah atau saling menyerang antara satu sama lain, sebaliknya meneruskan saja kehidupan. Pada masa sama, mereka berdua meminta keluarga Aisha untuk mengahwinkan Aisha dengan pasangan yang sesuai.

    Kes dilaporkan masih lagi dalam siasatan. Mayat Devraj dan Mahendra akan diserahkan kepada keluarga masing-masing sejurus selepas proses bedah siasat selesai.  

Catat Ulasan for "DEMI SEORANG GADIS, DUA LELAKI BUNUH DIRI"