Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

IBU DITIKAM, ANAK DIROGOL SEBELUM DIBUNUH.

Aleksey Zhdanov (Facebook)

    Russia - Seorang lelaki berusia 35 tahun bernama Aleksey Zhdanov kini berdepan dengan pertuduhan membunuh dua anak beranak pada dua tahun lepas. Alekdey yang kini sedang menjalani hukuman penjara selama enam tahun atas kesalahan mencuri kereta telah dikenalpasti sebagai suspek utama pembunuhan hasil analisis ujian DNA.

    Berdasarkan laporan media tempatan tentang kejadian pembunuhan itu, mangsa iaitu Olga (36 tahun) telah berkenalan dengan Aleksey di sebuah kedai runcit. Olga kemudian mempelawa Aleksey untuk datang ke rumahnya sebelum  mereka berdua meminum minuman keras bersama-sama. 

Olga dan anak perempuannya (Facebook)

    Aleksey seterusnya mabuk teruk sehingga menjadi semakin agresif. Disebabkan itu, Olga telah meminta Aleskey untuk beredar keluar dari rumah. Aleksey yang berasa marah kemudian mengambil pisau di dapur lalu bertindak menikam Olga di bahagian dada dan leher sampai mati. Tak cukup dengan itu, Aleksey pergi pula memecah masuk bilik anak perempuan Olga yang berusia 12 tahun. Anak perempuan Olga yang malang tersebut telah dirogol oleh Aleksey terlebih dahulu sebelum dia dicekik hingga tidak bernyawa dengan wayar kabel. Mayat Olga dan anaknya ditemui oleh ibu Olga sendiri pada sehari selepas kejadian. 

    Kes masih lagi dalam siasatan. Jika didapati bersalah, Aleksey bakal berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup.

Catat Ulasan for "IBU DITIKAM, ANAK DIROGOL SEBELUM DIBUNUH. "