Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

ADAKAH ROSEMARIE TERLIBAT DALAM PENCULIKAN SADIS ELISABETH FRITZL?

Josef Fritzl dan Rosemarie

    Peminat kisah jenayah benar pasti mengenali nama Elisabeth Fritzl iaitu seorang wanita yang telah diculik serta dirogol oleh bapa kandungnya sendiri selama 24 tahun hingga melahirkan tujuh orang anak. Timbul persoalan, sejauh mana kebenaran ibu Elisabeth iaitu Rosemarie langsung tidak tahu menahu keberadaan Elisabeth yang sebenarnya dikurung selama bertahun-tahun di bilik bawah tanah rumah mereka sendiri yang kalis bunyi.

    Rosemarie mengahwini suaminya iaitu Josef Fritzl pada tahun 1956. Hasil perkahwinan tersebut, mereka berdua mempunyai tiga orang anak termasuk Elisabeth. Kisah bermula tahun 1984 apabila Elisabeth tiba-tiba telah hilang. Rosemarie kemudian diberitahu oleh Josef bahawa anak perempuan mereka itu melarikan diri dari rumah untuk menyertai kumpulan ajaran aset. Satu perkara yang benar-benar dipercayai oleh Rosemarie. Samada benar atau sebaliknya, dia juga dikatakan tidak pernah mengambil peduli tentang bilik bawah tanah yang menjadi tempat kurungan Elisabeth.

    Selain itu, Rosemarie juga telah menjaga tiga orang anak Elisabeth iaitu Lisa (lahir tahun 1992), Monica (lahir tahun 1994) dan Alexander (lahir tahun 1996). Rosemarie serta jiran di sekeliling diyakinkan oleh Josef bahawa tiga orang cucu mereka tersebut sengaja ditinggalkan oleh Elisabeth di depan pintu rumah mereka. Kata Josef lagi, perkara ini berikutan Elisabeth tidak mampu untuk menjaga anak-anaknya. Harus diketahui, Josef pernah memaksa Elisabeth menulis surat untuk diberikan kepada Rosemarie. Dalam isi kandungan surat itu, Elisabeth telah meminta Rosemarie menjaga anak-anaknya.

Elisabeth Fritzl

    Selepas Elisabeth bebas, timbul banyak spekulasi yang mendakwa bahawa Rosemarie adalah salah seorang dalang penculikan. Dia bagaimanapun tidak pernah didakwa dan dilepaskan daripada sebarang pertuduhan. Walaupun Rosemarie melawat cucunya selama seminggu sekali, hubungannya dengan Elisabeth masih keruh. Semua itu gara-gara Rosemarie yang telah mempercayai bulat-bulat dengan pembohongan Josef.

   Berkenaan dengan Josef yang dipenjarakan pada tahun 2009, dia dilaporkan obses untuk kembali rapat bersama keluarganya. Josef bukan setakat mengutus surat dan menghubungi Elisabeth, dia malah cuba meyakinkan Rosemarie untuk tidak menceraikannya.

Catat Ulasan for "ADAKAH ROSEMARIE TERLIBAT DALAM PENCULIKAN SADIS ELISABETH FRITZL?"