TIPU IBU MASUK UNIVERSITI
Kredit : Newsflash |
TURKI – Baru-baru ini, kisah seorang wanita bernama Gulseren (57
tahun) iaitu seorang penjual bunga di bandar Antakya telah disiarkan menerusi wawancara
oleh sebuah stesen televisyen tempatan. Apa yang berlaku kemudian, kisah
Gulseren yang juga merupakan ibu kepada dua orang anak terus tular. Ceritanya,
sudah lebih sepuluh tahun Gulseren menjual bunga sebagai sumber pendapatan
untuk menampung wang pembiayaan pengajian anak-anaknya. Hasil pengorbanan
Gulseren, anak lelakinya berjaya menamatkan pelajaran di universiti dan kini
sudah bekerja sebagai pegawai tentera. Selain itu, Gulseren ada kala dibantu
oleh suaminya yang tidak mempunyai pekerjaan tetap untuk melakukan jualan bunga
di kawasan perkuburan.
Merve Bozkurt (Kredit : Newsflash) |
Seorang lagi anak Gulseren adalah bernama Merve Bozkurt (25 tahun). Menurut Gulseren, anak perempuannya itu kini melanjutkan pelajaran tahun kelima di universiti berprestij dunia iaitu Universiti Oxford, United Kingdom. Jadi, Gulseren telah banyak berkorban daripada segi kewangan agar Merve dapat menamatkan pengajian dengan jayanya. Kata Gulseren,
“Jika seseorang itu sihat, bekerja adalah perkara terbaik
yang boleh dilakukan. Seronok membelanjakan wang yang diperolehi untuk
anak-anak. Saya nasihatkan agar mana-mana wanita supaya bekerja dan berdiri
atas tapak kaki mereka sendiri.”
Namun selepas kisah Gulseren menjadi tular hingga dia
menerima wang sumbangan daripada orang ramai, barulah terbongkar
segala-galanya. Merve rupa-rupanya tidak pernah pun bergelar sebagai pelajar di
Universiti Oxford. Dia yang tidak mempunyai sebarang pasport sebaliknya
merupakan seorang ejen hartanah di Istanbul. Selama bertahun-tahun, Merve
membohongi Gustere untuk memperolehi wang dengan cara mudah bagi menampung gaya
hidupnya.
Kredit : Newsflash |
“Saya sendiri berasa terkilan kerana sudah mengecewakan ibu
saya.”
“Saya mereka-reka cerita. Saya juga telah membuatkan orang
ramai mempercayai tentang pembohongan saya.”
“Selama ini, saya sebenarnya bekerja untuk syarikat ejen
hartanah di Istanbul.”
“Ibu saya pernah memberitahu, jika saya tidak dapat
menempatkan diri saya di universiti yang bagus, dia tidak akan membiarkan saya melanjutkan
pelajaran.”
“Disebabkan ibu saya terpaksa bergelut sepanjang hidupnya, maka
dia enggan segala usahanya selama ini dipersia-siakan.”
“Saya tidak akan mempersia-siakan pengorbanan hebat ibu saya dan saya akan membanggakannya kelak.”
Sumber : The Sun
Catat Ulasan for "TIPU IBU MASUK UNIVERSITI"