Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

JURUSOLEK DIBUNUH, KEPALA DIPANASKAN DALAM PERIUK

Ayazhan Edilova (Kredit : Newsflash)

    KAZAKHSTAN – Seorang lelaki kini ditahan selepas dipercayai merogol, membunuh lalu mengerat badan serta kepala seorang gadis jurusolek berusia 19 tahun. Sisa-sisa lain mayat gadis yang bernama Ayazhan Edilova’s itu telah ditemui di dalam rumah suspek dan kawasan sampah sarap berhampiran. Selain itu, gigi dan kuku Ayazhan juga dicabut.

    Menerusi kenyataan pihak polis tempatan, kepala Ayazhan telah diletakkan oleh suspek di dalam periuk yang sedang panas mendidih di atas dapur gas. Terdapat juga sisa-sisa mayat manusia kedua yang ditemui di rumah suspek, namun belum dapat diketahui identitinya. Jadi suspek berkemungkinan besar adalah seorang pembunuh bersiri. Tambah pihak polis lagi, Ayazhan dipercayai dirogol terlebih dahulu sebelum dibunuh.

Kredit : Newsflash

    Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup di lokasi kejadian mendapati Ayazhan telah memasuki lif bersama pembunuhnya secara sukarela. Berkenaan dengan identiti suspek, nama depannya dikenalpasti sebagai Ruslan. Dia yang berusia 28 tahun mempunyai latar belakang bidang perubatan sebagai farmasi terlatih. Ruslan dilaporkan cuba untuk membunuh diri sewaktu apartmentnya diserbu oleh pihak polis. Dia yang sempat diselamatkan oleh doktor kini berada dalam tahanan oleh pihak berkuasa di bawah penjagaan pasukan keselamatan bersenjata.

    Sementara itu, keluarga Ayazhan telah menuding jari kepada pihak polis yang dikatakan enggan untuk melakukan pencarian selepas laporan kehilangan Ayazhan dibuat. Pencarian tidak dilakukan memandangkan waktu tersebut pihak polis sedang mengawal protes di bandar Almaty. Lagipun, pihak polis berpendapat Ayazhan mungkin sedang keluar berjalan atas urusan peribadi.

    Almat Mulikov iaitu abang kepada Ayazhan berkata,

    “Pihak polis memberitahu kami mengenai keterangan yang dibuat oleh suspek di mana dia telah membunuh Ayazhan dan menyembunyikan mayatnya.”

    “Apabila kami melihat foto bahagian badan mayat Ayazhan, setiap kuku dan giginya dicabut yang kemudian diletakkan ke dalam plastik berasingan.”

    “Mengapa dia (suspek) melakukan semua ini jika dia bukan seorang Maniac. Mengapa dia mengerat kepala Ayazhan secara perlahan lalu diletakkan ke dalam air panas yang sedang mendidih?”

    “Setiap bahagian badan dikerat seperti seorang yang sangat professional.”

    Pihak polis masih belum dapat memastikan samada kuku dan gigi Ayazhan dicabut dalam keadaannya masih hidup atau selepas mati.

(Kredit : informburo31)

    Ruslan dikatakan berasal daripada keluarga yang baik. Dia telah pergi berjumpa dengan Ayazhan atas urusan jual beli. Ayazhan yang juga merupakan seorang penjual pakaian dalam talian kemudian diculik oleh Ruslan. Dalam satu lagi versi cerita yang berlainan, Ayazhan yang sudah mempunyai teman lelaki telah berjumpa dengan Ruslan atas temujanji untuk meluangkan masa bersama.

    Keluarga Ayazhan memberitahu bahawa Ayazhan sudah pasti masih hidup sekiranya pihak polis bertindak awal. 

Catat Ulasan for "JURUSOLEK DIBUNUH, KEPALA DIPANASKAN DALAM PERIUK"