DERA ANAK, PASANGAN KEKASIH DIPENJARA 32 TAHUN
Samiah (Kredit : latintimes) |
12 Mac lepas, sepasang kekasih daripada California
telah dijatuhkan hukuman penjara selama 32 tahun selepas didapati bersalah membunuh
seorang budak perempuan berusia 4 tahun.
Pasangan kekasih tersebut adalah Ronald Greer dan Bianca
Stanch. Mereka berdua pernah tinggal bersama pada tahun 2012 di sebuah
apartment yang terletak di Adelanto, California. Sementara itu, mangsa pula
bernama Samiah Downing yang juga merupakan anak kepada Ronald. Dia didakwa
sering didera dan dilayan seperti binatang hanya kerana Bianca tidak
menyukainya.
Ronald Greer dan Bianca Stanch (Kredit : vvdailypress) |
Berdasarkan laporan di mahkamah, Samiah dipukul oleh Bianca setiap hari. Lagi kejam apabila Samiah diikat kepada kedua-dua pergelangan tangan dan kaki supaya dia tidak dapat meninum sebarang air minuman. Pernah sekali, Samiah berjaya pergi ke ruang dapur dan dia kemudian terpaksa meminum cecair pembersih kerana hanya itu saja yang djumpainya untuk diminum. Selain itu, Samiah sering dipukul dengan tali pinggang serta wayar. Malah Samiah juga disimbah dengan air panas pada bahagian dada dan belakang badannya.
Pada malam kematian Samiah tahun 2012, Ronald dan Bianca telah mengurung Samiah dalam bilik tidur apartment sebelum mereka berdua keluar untuk pergi keluar makan malam. Selepas menyedari Samiah sudah lagi tidak bernyawa, Ronald, Bianca bersama seorang lagi sepupu Bianca iaitu Rayshawn telah membawa mayat budak malang itu untuk ditanam ke sebuah kawasan tanah berpasir. Hasil laporan bedah siasatan mendapati punca kematian Samiah adalah disebabkan dehidrasi.
Catat Ulasan for "DERA ANAK, PASANGAN KEKASIH DIPENJARA 32 TAHUN"