Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

ANGELA SIMPSON : Wanita Paling Psiko Dari Phoenix

Angela Simpson 

    Pernah dengar nama Angela Simpson? Pihak polis di Phoenix, Amerika Syarikat pernah mengakui bahawa kes Angela Simpson adalah kes jenayah paling kejam yang pernah mereka hadapi. Ya, Angela Simpson merupakan seorang wanita psiko yang telah menyeksa seorang lelaki kurang upaya bernama Terry Neely selama 3 hari hingga menyebabkan kematian.

Terry Neele

    Terry Neely adalah seorang lelaki kurang upaya berusia 46 tahun tahun yang hanya bergantung dengan kerusi roda untuk bergerak dalam kehidupan sehariannya. Kisah sebenar bermula apabila dia mula berkenalan dengan Angela Simpson, wanita berusia 36 tahun yang tinggal berdekatan dengan rumahnya. Diringkaskan cerita iaitu pada satu hari, Angela telah mengumpan Terry untuk datang ke apartmentnya dengan menjanjikan habuan dadah dan seks. Terry bersetuju. Namun tanpa dia sedari, itu adalah kesilapan terbesar yang dibuatnya.

    Apa yang berlaku seterusnya dalam apartment Angela adalah benar-benar mengerikan. Terry yang dikurung selama tiga hari telah dipukul oleh Angela dengan besi pembuka tayar serta pada masa sama giginya dicabut secara paksa. Selain itu, Terry juga diseksa betul-betul di depan cermin agar dia melihat sendiri kesakitan yang dialaminya. Lagi kejam apabila Angela telah memantakkan paku berukuran tiga inci pada kepala Terry secara hidup-hidup. Terry kemudian dicekik menggunakan wayar kabel sebelum ditikam lebih daripada 50 kali dengan pisau yang berlainan. Kepala Terry akhirnya dikerat. Begitu juga dengan seluruh anggota badannya. Sisa-sisa mayat Terry telah dibuang ke dalam tong sampah, lalu dibakar di sebuah kawasan parkir belakang gereja Phoenix.

Gambar sekadar hiasan (Tangkap Layar Filem Hostel)

    Mayat Terry yang kemudian ditemui berjaya dikenalpasti melalui pengesanan cap jari. Penemuan tersebut dibuat oleh pihak polis selepas mereka mendapat maklumat tentang kerusi roda milik Terry yang dijumpai dalam kawasan aparment berkenaan. Terdapat juga seorang saksi yang tampil dengan keterangan Angela yang meminjam keretanya telah membuat pengakuan tentang pembunuhan Terry. Saksi itu turut diugut bunuh oleh Angela sekiranya mendedahkan perkara tersebut kepada pihak polis.

    Sewaktu Angela disoalsiasat tentang pembunuhan Terry, dia sudah pun berada dalam penjara atas kesalahan melakukan rompakan bersenjata. Angela dilaporkan membunuh Terry kerana lelaki kurang upaya itu mengaku pernah menjadi seorang pengadu (snitch) sewaktu menjadi banduan. Hasil siasatan polis kemudian mendapati pengakuan Terry itu adalah tidak benar sama sekali. Terry berkemungkinan besar membuat pengakuan sedemikian semata-mata untuk mengagumkan Angela.

    Mengenai perbicaraan kes, Angela yang mengaku bersalah telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dengan tambahan 14 tahun penjara atas penyeksaan yang dilakukannya terhadap Terry. Menerusi satu wawancara penjara bersama Angela, apa yang paling dikesalinya adalah tidak menyeksa Terry untuk tempoh yang lebih lama.

    “Aku patut menyeksanya selama seminggu berbanding tiga hari.”

    Apabila ditanya samada dia berasa menyesal dengan dirinya sebagai pembunuh , Angela menjawab,

    “Tak pun. Buat apa aku nak menyesal?”

    Angela sekali lagi tersenyum selepas ditanya berhubung hukuman penjara seumur hidup yang diterimanya,

    “Kau tahu, ramai ‘keluarga’ aku dalam penjara dan aku tak ada masalah dengan hal itu.”

    “Aku mempunya ramai kakak dalam penjara. Aku tak sabar untuk berjumpa dengan mereka. Apalah sangat hukuman yang aku terima ini berbanding menghabiskan masa bersama ‘keluarga aku’."

Catat Ulasan for "ANGELA SIMPSON : Wanita Paling Psiko Dari Phoenix "