KISAH MICTHELLE BLAIR : Aku Ibu Psiko
Mitchelle Blair |
Pada tahun 2015, seorang wanita berusia 35 tahun bernama
Mitchelle Blair yang tinggal bersama empat orang anaknya di kawasan Detroit telah
diusir keluar dari rumah berikutan kegagalannya untuk membayar sewa. Harus
diketahui, Mitchelle tidak mempunyai sebarang pekerjaan tetap. Dia bahkan sering
menghubungi saudara-maranya untuk meminjam wang.
Kisah sebenar bermula pada 24 Mac 2015 apabila pihak
berkuasa yang bertindak atas notis pengusiran telah pergi ke rumah Mitchelle. Namun
setibanya pihak yang berkenaan di lokasi, Mitchelle didapati tidak berada di
situ. Apa yang berlaku seterusnya benar-benar memeranjatkan ramai pihak.
Sewaktu proses pengeluaran barang perabot, dua mayat yakni mayat seorang budak
perempuan dan mayat budak lelaki yang sudah pun membeku telah ditemui di dalam
peti sejuk beku yang terletak di ruang tamu rumah Mitchelle.
Pihak polis kemudian tidak
mengambil masa yang lama untuk mengesan lokasi Mitchelle. Dia terus ditahan
selepas didapati hanya ada dua orang anak daripada empat orang anak yang ada
bersamanya. Dua orang anak Mitchelle yang ada waktu tersebut berusia 17 dan 8
tahun. Baki lagi anak Mitchelle yang bernama Stoni Blair (13 tahun) dan Stephen
Berry (9 tahun) gagal untuk dikesan. Berbalik dengan penemuan dua mayat budak
di rumah Mitchelle, kedua-dua mayat itu telah dibawa ke hospital untuk proses
bedah siasat. Hasilnya, dua mayat tersebut dikenalpasti sebagai Stoni dan Stephen.
Punca kematian mereka berdua adalah akibat dibunuh. Lagi mengejutkan apabila mayat
dua adik beradik berkenaan disyaki telah disimpan di dalam peti sejuk beku
rumah mereka selama 3 tahun sebelum penemuan dibuat.
Stoni dan Stephen |
Berdasarkan keterangan yang diberikan oleh Mitchelle, dia mengaku membunuh dua orang anaknya itu kerana mereka berdua dipercayai merogol anak lelaki bongsunya. Walau bagaimanapun, dakwaan Mitchelle tersebut tidak dapat dibuktikan secara sahih. Cerita Mitchelle lagi iaitu sewaktu bulan Ogos 2012, dia yang pulang ke rumah berasa terkejut selepas mendapati anak lelaki bongsunya melakukan aktiviti seksual dengan patung. Apabila anak bongsu Mitchelle ditanya tentang perkara itu, dia memberitahu bahawa Stephen pernah melakukan sedemikian rupa terhadap dirinya. Mitchelle yang berasa marah terus pergi bersemuka dengan Stephen. Berikutan pengakuan yang dibuat Stephen, Mitchelle telah membelasah dan memukul anaknya itu dengan begitu teruk sekali. Hingga satu ketika, kepala Stephen disarung oleh Mitchelle dengan kertas plastik yang menyebabkannya sukar bernafas hingga pengsan. Tak cukup dengan itu, kemaluan Stephen telah disimbah oleh Mitchelle dengan air panas. Dua minggu selepas penyeksaan, Stephen pun menemui ajal susulan kecederaan parah yang dialaminya. Mayatnya disimpan Mitchelle ke dalam peti sejuk beku.
Tentang Stoni, dia yang dikatakan
turut merogol adik lelaki bongsunya telah dibiarkan kelaparan secara
berterusan. Dia mati pada bulan Mei 2013 ekoran dibelasah teruk oleh Mitchelle.
Pada mulanya, Mitchelle ingin menyerah diri kepada polis sejurus selepas
pembunuhan tersebut. Namun dia kemudian telah membatalkan niatnya itu sebelum
menyimpan meletakkan mayat Stoni ke dalam peti sejuk beku yang sama tempat
mayat Stephen disimpan.
Sepanjang “kehilangan” Stoni dan
Stephen, satu situasi yang begitu menyedihkan kerana tiada siapa pun yang
berusaha untuk mencari mereka berdua. Sebelum kematian Stoni dan Stephen, dua
beradik tersebut telah diberhentikan dari persekolahan. Mitchelle memberitahu
pihak pengurusan sekolah bahawa Stoni dan Stephen akan bersekolah di rumah.
Selain itu, Mitchelle juga memberi seribu satu alasan sewaktu ditanya oleh
jiran di sekeliling rumah tentang keberadaan Stoni dan Stephen.
Berhubungan dengan perbicaraan kes, Mitchelle dilaporkan tidak menunjukkan sebarang reaksi penyesalan atas perbuatan kejamnya. Pihak pendakwaan turut menyatakan bahawa mereka tidak menemui sebarang bukti tentang insiden rogol seperti yang diberitahu oleh Mitchelle. Bulan Jun 2015, Mitchelle yang mengaku bersalah atas dua pertuduhan membunuh telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup tanpa sebarang peluang parol.
Catat Ulasan for "KISAH MICTHELLE BLAIR : Aku Ibu Psiko"