Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

PADAH BERCINTA DENGAN SUAMI ORANG

Ottera Elvira (Kredit : Newsflash)

    TURKI - Seorang wanita dari Rusia bernama Ottera Elvira (47 tahun) mula berkenalan dengan seorang lelaki warganegara Turki iaitu Alp Mutlu (40 tahun) pada tahun lepas. Hasil perkenalan tersebut, mereka berdua telah menjalinkan hubungan percintaan.

    Ottera kemudian pergi ke Turki sebanyak tiga kali untuk berjumpa dengan Alp yang juga merupakan suami orang. Hinggalah pada awal bulan ini, Ottera dan Alp pergi menginap di sebuah hotel yang terletak di daerah Atasehir, Turki. Selama dua hari bermalam di situ, Ottera telah menjadi mangsa penderaan Alp. 

    Hari pertama di hotel itu adalah baik-baik saja. Alp malah meyakinkan Ottera agar mereka berdua mempunyai anak bersama. Namun apa yang berlaku kemudian, Alp mula bertanya tentang bekas suami Ottera. Malah Alp juga mempertikaikan mengapa Ottera mrmbuat keputusan untuk mempunyai anak bersama bekas suaminnya. Alp yang seterusnya hilang kewarasan akibat mabuk. telah bertindak menampar Ottera selama lima jam hingga berdarah. Kedengaran jijik apabila Alp menjilat darah Ottera yang berlumuri di tangannya.

    Hari kedua, Ottera dibelasah secara berterusan selama enam jam. Dia bahkan dibaling oleh Alp dengan pelbagai jenis barangan. Ottera akhirnya berjaya mendapatkan pertolongan di kaunter utama hotel iaitu sewaktu Alp keluar pergi membeli belah. Ottera kemudian diletakkan di dalam sebuah bilik sementara menunggu ketibaan pihak polis. Sekembalinya Alp ke hotel, dia berjaya menemui Ottera semula sebelum bertindak sekali lagi untuk membelasahnya. Penderitaan Ottera bagaimanapun berakhir selepas diselamatkan oleh pihak polis. Ottera pulang semula ke Rusia dengan bantuan pihak kedutaan dan konsulat Rusia di Istanbul. 

Alp Mutlu (Kredit : Newsflash)

    Berkenaan dengan Alp, dia masih lagi dalam tahanan pihak polis. Menerusi keterangan Alp, dia mendakwa Ottera telah mengugut untuk memberitahu isterinya tentang hubungan sulit yang terjalin antara mereka berdua. Tambah Alp, 

    "Apabila saya tidak memberikannya telefon, dia memukul lengan saya. Jadi, saya pun pukul dia balik. Saya tidak pernah menyeksanya. Saya berasa sungguh menyesal."

    Kes masih dalam siasatan lanjut.

Catat Ulasan for "PADAH BERCINTA DENGAN SUAMI ORANG"