WANITA BAKAR ANAK SENDIRI
Anastasia dan Andrey (Kredit : VK.com) |
RUSIA - Kejam! Seorang wanita bergelar ibu tergamak untuk membunuh anak lelakinya sendiri yang berusia lapan tahun dengan cara pembakaran.
Berdasarkan laporan media tempatan, wanita berkenaan iaitu Anastasia Baulina (31 tahun) yang juga merupakan seorang juruwang melakukan aksi kejam tersebut selepas mangsa mendedahkan rahsia gelapnya. Anak Anastasia yang bernama Andrey itu ada memberitahu bapa tirinya tentang Anastasia yang telah dilawat oleh seorang lelaki. Lelaki tersebut dipercayai sebagai kekasih gelap Anastasia.
Berikutan pendedahan yang dibuat Andrey, Anastasia terus berasa marah serta dikhianati. Dia kemudian bertengkar dengan Andrey sebelum membawa anaknya itu ke halaman rumah. Di situ, mulut Andrey disimbah oleh Anastasia dengan minyak gas sebelum dibakar hidup-hidup.
Andrey dan Pavel Baulin (Kredit : VK.com) |
Selesai berbuat sedemikian, Anastasia pun terus beredar pergi. Sementara itu, Pavel Baulin iaitu bapa tiri Andrey yang berusaha untuk memadam api kebakaran telah bertindak pantas menghubungi pihak ambulans. Nasib bagaimanapun tidak menyebelahi Andrey apabila dia yang melecur teruk telah meninggal dunia di hospital pada dua hari selepas kejadian.
Kertas siasatan sudah pun dibuka dengan Anastasia kini berada dalam tahanan pihak polis. Jika disabitkan kesalahan, Anastasia bakal berdepan dengan hukuman 20 tahun penjara.
Andrey dan kakaknya (Kredit : VK.com) |
Catat Ulasan for "WANITA BAKAR ANAK SENDIRI "