ERTI SEBUAH LUKISAN
Kredit : AsiaWire |
HONG KONG - Gambar ini adalah
lakaran lukisan yang telah dilukis oleh seorang budak perempuan berusia 5 tahun
bernama Chen Ruilin sebelum waktu kematiannya. Chen dilaporkan meninggal dunia
pada bulan Januari tahun 2018 akibat didera oleh bapa kandung dan ibu tirinya.
Chen Ruilin (Kredit : AsiaWire) |
Maksud tersirat yang boleh difahami tentang lukisan Chen adalah tangisannya yang meminta pertolongan. Lukisan ini juga menunjukkan ada seorang dewasa sedang berdiri sambil memegang budak. Kelihatan lantai rumah dibanjiri dengan darah yang menitik dari siling. Ya, begitulah nasib sebenar yang dialami Chen. Dia dibaling pada siling hingga menyebabkan kecederaan parah di bahagian kepalanya. Harus diketahui, Chen yang telah didera selama bertahun-tahun bukan setakat dibelasah, malah turut dibiarkan kelaparan. Akibat didera secara berterusan, Chen akhirnya meninggal dunia akibat jangkitan bakteria berikutan sistem imun badannya yang semakin lemah. Hasil pemeriksaan yang dilakukan oleh doktor juga mendapati terdapat 130 kesan kecederaan pada badan Chen. Ini termasuklah kesan luka yang disebabkan oleh rotan dan gunting.
Chen Haiping (29 tahun) dan Huang Xiaotong (30 tahun) (Kredit : AsiaWire) |
Perkara paling menjadi perdebatan adalah bagaimana pihak yang sepatutnya boleh terlepas pandang terhadap kes penderaan Chen untuk satu jangka tempoh masa yang panjang. Mengenai suspek iaitu Chen Haiping (29 tahun) dan Huang Xiaotong (30 tahun), mereka berdua telah didapati bersalah atas kesalahan membunuh Chen Ruilin dengan hukuman paling maksimum yang boleh dikenakan adalah penjara untuk seumur hidup. Sementara itu, abang Chen berusia 8 tahun yang turut menjadi mangsa penderaan kini diletakkan di bawah penjagaan neneknya.
Catat Ulasan for "ERTI SEBUAH LUKISAN "