BUNUH DIRI KERANA DIPERLI TIDAK ADA ANAK LELAKI
Kredit : Times of India |
INDIA – Seorang wanita berusia 27 tahun yang juga
merupakan ibu kepada empat orang anak perempuan telah bertindak membunuh diri
selepas tidak ditahan diperli oleh suami dan ibu mentuanya kerana tidak dapat untuk melahirkan anak lelaki.
Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di daerah Padra di
mana mayat wanita yang dikenalpasti sebagai Kapila Mali itu telah ditemui di
sebuah terusan kampung Sangma. Berdasarkan laporan media tempatan, pihak polis
melakukan penangkapan terhadap suami Kapila iaitu Babu dan juga ibunya
berikutan laporan yang dibuat oleh ibu Kamila.
Difahamkan, Kapila mempunyai empat orang anak perempuan
dengan si sulung berusia lapan tahun manakala yang bongsu pula adalah baru tiga
bulan. Babu yang tidak bekerja dilaporkan telah meminta Kapila untuk membunuh
diri sekiranya melahirkan anak perempuan mereka buat kali keempat. Selain itu, Babu
juga sering menyeksa Kapila secara emosi dan fizikal sepanjang tempoh isterinya
itu mengandung anak mereka yang keempat.
Pada waktu kemudiannya, Kapila telah dibawa oleh ibunya
untuk pulang ke rumah mereka sendiri. Menerusi bantuan ibunya, perbalahan
antara Kapila dengan keluarga mentuanya bagaimanapun berakhir setelah usia
kandungannya memasuki sembilan bulan. Namun selepas Kapila selamat melahirkan
anak perempuannya yang keempat, dia menerima ejekan semula suami dan ibu
mentuanya. Malah Kapila telah disuruh oleh ibu mentuanya untuk meminum racun
bagi menamatkan nyawanya.
Semasa hari kejadian, Kapila bertengkar dengan suaminya sebelum keluar dari rumah serta pada masa sama sempat memberitahu untuk membunuh diri dengan cara terjunan ke dalam terusan. Di sebalik ugutan tersebut, tiada seorang pun anggota keluarga mentua Kapila yang cuba untuk menghalangnya daripada berbuat sedemikian.
Catat Ulasan for "BUNUH DIRI KERANA DIPERLI TIDAK ADA ANAK LELAKI"