LELAKI BUNUH IBU SECARA KANIBAL
Alberto Sanchez Gomez (Kredit : Newsflash) |
SEPANYOL – Seorang lelaki bernama Alberto Sanchez Gomez yang
digelar oleh media sebagai “The Cannibal of Guindalera” telah menerima
pertuduhan di mahkamah atas kesalahan membunuh ibunya sendiri iaitu Maria Soledad
Gomez. Pembunuhan secara kanibal tersebut dilaporkan berlaku di Guindalera,
Madrid pada tahun 2019.
Tentang hari kejadian, pihak polis telah pergi memeriksa rumah
Maria (66 tahun) selepas dia dilaporkan hilang oleh rakan-rakannya. Setelah
pemeriksaan dilakukan, pihak polis menerima kejutan apabila mereka menemui
cebisan mayat Maria yang disimpan di dalam beberapa buah bekas kontena besar. Penemuan
mayat Maria tersebut memaksa Alberto (26 tahun) membuat pengakuan tentang pembunuhan
kejam yang telah dilakukannya. Alberto mengaku membunuh ibunya itu dengan cara
cekikan leher. Dia kemudian menghabiskan masa selama 15 hari untuk memakan
mayat ibunya. Pada masa sama, Alberto telah memberikan beberapa serpihan daging
mayat Maria kepada anjing belaan keluarga mereka sebagai makanan. Lagi
mengerikan, beberapa organ dalaman Maria dilaporkan dibungkus dalam plastik,
dimasukkan dalam periuk dan ada juga yang hilang.
Pembunuhan kejam itu dipercayai berlaku selepas berlakunya
pertengkaran antara Alberto dengan Maria. Alberto seterusnya bertindak di luar
kawalan dengan mencekik ibunya sampai mati. Mayat Maria kemudian dibawa Alberto
masuk ke dalam bilik. Di situ, mayat Maria dikerat halus-halus oleh Alberto.
Kredit : Newsflash |
Menurut saksi, Alberto sebelum itu sering meluangkan masa untuk mabuk bersama dengan golongan gelandangan. Dia juga pernah dilarang oleh pihak mahklamah daripada mendekati Maria. Perkara ini berikutan Alberto yang sering bertindak agresif terhadap Maria. Terdapat laporan yang mengatakan Alberto pernah dihantar ke pusat psikiatri sebanyak tiga kali atas saranan Maria sendiri.
Pihak mahkamah mempercayai Alberto berkemungkinan besar mengalami penyakit mental dan masalah kecelaruan identiti. Dia turut disyaki berada di bawah pengaruh dadah sewaktu kejadian pembunuhan. Jika disabitkan kesalahan, Alberto bakal berdepan hukuman 15 tahun 5 bulan penjara. Perbicaraan kes masih lagi berjalan.
Catat Ulasan for "LELAKI BUNUH IBU SECARA KANIBAL"