CHRIS WATTS KEMBALI BERHUBUNG DENGAN NICHOL KESSINGER
Chris Watts dan Nichole Kessinger |
AMERIKA SYARIKAT – Chris Watts yang juga merupakan lelaki
paling dibenci di Amerika Syarikat dilaporkan telah kembali berhubung dengan bekas kekasih gelapnya iaitu Nichol Kessinger. Dakwaan itu dibuat oleh oleh seorang
bekas banduan bernama David Carter. Dia telah dibebaskan pada bulan Februari
lepas dari penjara Dodge Correctional Institution yakni tempat Chris Watts
dipenjarakan untuk seumur hidupnya.
David mendakwa bahawa Chris ada memberitahu tentang dirinya yang
telah berhubung semula dengan Nichol melalui surat. Cerita Chris lagi, dia dan
Nichol perlu berjumpa kerana ada ‘’masalah” yang perlu diselesaikan. Chris
bagaimanapun tidak memberitahu David tentang “masalah” tersebut. Menurut David,
semua dakwaan ini dibuat oleh Chris pada bulan September 2020. Selain itu,
Chris juga ada menjelaskan tentang motif pembunuhan isteri dan anak-anaknya
sebelum ini adalah atas pelbagai sebab seperti enggan lagi untuk memberi nafkah
anak dan tidak mahu anak lelaki mereka yang sedang dikandung oleh isterinya.
Chris turut berasa risau rumah mereka akan menjadi milik isterinya selepas
bercerai. Berbalik mengenai surat antara Chris dan Nichol, David mendedahkan
perkara tersebut sudah pun diketahui oleh pihak berkuasa penjara. Tindakan yang
diambil adalah menggantung sementara akaun surat Chris. Malah semua surat milik
Chris juga dipantau.
Tahun 2019, Chris pernah memberitahu sahabat penanya iaitu
Cheryln Cadle tentang dirinya yang masih mencintai Nichol. Chris percaya
sebahagian surat diterimanya dalam penjara adalah kiriman daripada Nichol yang
menggunakan nama samaran. Chris Watts yang kini berusia 35 tahun sebelum ini dipenjarakan
atas kesalahan membunuh isterinya, Shannan serta dua orang lagi anak perempuan
mereka iaitu Bella (4 tahun) dan Celeste (3 tahun). Dia melakukan pembunuhan kejam yang telah
menggemparkan satu dunia pada tahun 2018 itu hanya semata-mata untuk bersama
kekasih gelapnya, Nichol Kessinger yang dikenali di tempat kerja.
Chris Watts bersama Shannan, Bella dan Celleste |
Pada tahun lepas, Netflix menyiarkan dokumentari pembunuhan Chris Watts yang berjudul American Murder : The Family Next Door. Dokumentari tersebut merangkumi rakaman kamera, hantaran sosial media, teks mesej dan rakaman daripada pihak polis. Mengenai Nichole, lokasi sebenarnya masih lagi tidak diketahui dengan fakta kali terakhirnya dilihat adalah pada bulan Ogos 2018 iaitu sewaktu dia pergi berjumpa dengan pihak polis untuk membuat pengakuan tentang hubungan sulirnya bersama Chris. Lewat tahun 2018, Nichol dikatakan sudah berpindah dari Colorado serta pada masa sama dia diletakkan di bawah program perlindungan saksi. Maklumat lain, Nichol ada membuat permohonan rasmi untuk menukar namanya.
Seperkara yang harus diketahui iaitu pada dinding sel Chris, hanya ada gambar Bella dan Celleste. Tiada sebarang gambar Shannan.
Catat Ulasan for "CHRIS WATTS KEMBALI BERHUBUNG DENGAN NICHOL KESSINGER"