ENAM KISAH PEMBUNUHAN KEJAM DEMI KEHORMATAN
Shafilea Ahmad |
6. SHAFILEA AHMAD
Pada tahun 2003, Shafilea Ahmad merupakan seorang gadis
Pakistan berusia 17 tahun yang menetap di Britain. Dia yang mengamalkan gaya
hidup barat bercita-cita untuk menjadi seorang peguam. Shafilea dikatakan pernah
melakukan cubaan untuk membunuh diri namun sempat untuk diselamatkan. Dia berbuat
sedemikian adalah sebagai tanda protes terhadap ibu bapanya yang telah mengatur
perkahwinanya dengan saudara terdekat mereka dari Pakistan.
Selepas berbulan-bulan didera, Shafilea akhirnya dibunuh
oleh ibu bapanya di depan adik beradiknya yang lain sebelum mayatnya dibuang ke
dalam sebuah sungai. Mayat Shafilea berjaya ditemui enam bulan selepas kejadian
dengan identitinya dikenalpasti menerusi rekod pergigian serta barang yang
dipakainya.
Pada mulanya, ibu bapa Shafilea menafikan sebarang
penglibatan mereka dalam pembunuhan itu. Mujur sajalah adik Shafilea iaitu Alesha
akhirnya tampil memberikan keterangan bagi menentang ibu bapanya. Tahun 2012,
ibu bapa Shafiela telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup tanpa sebarang
peluang parol selama 25 tahun.
5. KELUARGA SHAFIA
Di Montreal, Kanada, seorang lelaki bernama Mohammaed Shafia
serta isteri kedua dan seorang anak lelaki mereka telah didapati bersalah atas
kesalahan membunuh anggota keluarga mereka sendiri. Mereka yang dibunuh adalah
tiga orang anak perempuan Shafia dan juga isteri pertamanya. Shafia yang
berasal dari negara Afghanistan telah mengaku merancang pembunuhan tersebut
serta pada masa sama menggelar anak perempuannya itu sebagai pelacur.
Punca pembunuhan, anak perempuan sulung Shafia berkeinginan
untuk berkahwin dengan lelaki bukan pilihan keluarga. Anak kedua Shafia pula
sering berpakaian seksi dan mempunyai teman lelaki berdarah latin. Anak
perempuan ketiga Shafia yang juga merupakan mangsa paling muda dikatakan begitu
nakal. Sementara itu, isteri pertama Shafia turut dibunuh kerana menyebelahi
tiga orang anak tirinya itu.
Mayat Rona, Zainab, Sahar dan Geeti telah ditemui dalam
kereta keluarga mereka yang tenggelam dalam sebuah tasik. Berdasarkan siasatan,
kereta tersebut sengaja ditolak oleh sebuah kereta lain hingga jatuh terjunam
ke dalam tasik berkenaan. Kesemua suspek yang didapati bersalah telah
dijatuhkan hukuman penjara untuk seumur hidup tanpa peluang parol selama 25
tahun.
Kisah penuh tentang kisah ini boleh dibaca di sini.
Farzana Parveen |
4. FARZANA PARVEEN
Tahun 2014, seorang wanita bernama Farzana Parveen yang
berusia 25 tahun telah dibelasah serta dipukul sampai mati dengan batu-batu
oleh bapa, dua orang abang dan juga sepupunya. Kejadian itu berlaku di luar
perkarangan mahkamah Lahore, Pakistan.
Farzana yang sedang mengandung tiga bulan waktu tersebut dibunuh
kerana enggan untuk mengahwini sepupunya seperti yang telah diaturkan oleh keluarganya.
Farzana sebaliknya memilih untuk berkahwin dengan seorang lelaki duda iaitu
Mohammed Iqbal.
Sebelum kejadian berlaku, Farzana sedang dalam perjalanan ke
mahkamah bagi mengisytiharkan perkahwinannya dengan Iqbal. Pada masa sama,
keluarga Farzana juga telah memfailkan tuduhan penculikan terhadap Iqbal. Apa
yang berlaku kemudian benar-benar menyedihkan. Sewaktu Farzana dipukul, tiada
seorang pun yang berani untuk meleraikan keadaan termasuklah pihak polis.
Sesudah Farzana mati, barulah bapa Farzana dan mereka yang
lain terlibat ditahan. Mereka semua yang tidak menunjukkkan sebarang tanda
penyesalan telah dijatuhkan hukuman mati.
Berkenaan dengan Iqbal, dia benar-benar sedih dengan
kejadian itu. Cumanya, ada sedikit plot twist. Iqbal pernah dipenjarakan selama
setahun atas kesalahan membunuh isteri pertamanya. Pembunuh tersebut dilakukan bagi
membolehkannya berkahwin dengan Farzana.
3. NOOR BASRA DAN NOOR SHEZA
Pada tahun 2013, seorang wanita dan dua orang lagi anak
perempuannya telah ditembak mati di Chilas, Pakistan. Pembunuhan itu dilakukan
selepas tersebarnya video mangsa iaitu Noor Basra (15 tahun) dan Noor Sheza (16
tahun) sedang menari di dalam hujan. Mereka berdua menari dengan berpakaian
tradisional dan memakai skaf berwarna ungu. Rakaman tersebut sebenarnya telah dirakam
pada waktu enam bulan sebelum kejadian pembunuhan.
Berikutan video berkenaan yang sudah tersebar luas di
kampung, maka abang tiri mangsa dengan bantuan empat orang lagi rakannya telah
menembank mati Noor Basra, Noor Sheza dan ibu mereka. Kesemua suspek yang
ditahan membuat pengakuan tentang pembunuhan demi kehormatan yang dilakukan
oleh mereka.
2. AMINAH DAN SARAH SAID
Pada 1 Januari 2008, Yaser telah memujuk dua orang anak
perempuanya yang bernama Aminah dan Sarah Yaser untuk menaiki teksi bersama. Pada
mulanya, Patricia iaitu isteri Yaser ingin turut serta sekali tetapi telah
dihalang oleh suaminya itu.
Apa yang berlaku kemudian benar-benar mengejutkan. Aminah
dan Sarah bukan dibawa untuk pergi makan, tetapi ditembak dalam teksi berkenaan.
Motif sebenar pembunuhan tersebut agak kurang jelas. Namun, ramai pihak yang
berpendapat bahawa Yaser sudah hilang sabar kerana anak-anak perempuannya itu
lebih memilih gaya hidup barat berbanding mengamalkan budaya Arab.
Selepas menembak mati Aminah dan Sarah, Yaser telah
bertindak untuk menghilangkan diri hingga menjadi buruan utama pihak FBI.
Meskipun ada beberapa laporan yang mendakwa melihat Yaser memandu teksi di
sekitar New York, dia gagal untuk ditemui selama bertahun-tahun sebelum
akhirnya berjaya ditangkap pada bulan Ogos 2020.
Kisah penuh tentang kisah ini boleh dibaca di sini.
1. BHAWNA YADAV
Tahun 2014, Bhawna Yadav merupakan seorang gadis pelajar
kolej berusia 24 tahun dari Rajashtan, India. Dia telah menjalinkan hubungan
dengan seorang rakan sekolej bernama Abishek Beth yang lebih tua tiga tahun
daripadanya. Hubungan tersebut tidak direstui oleh keluarga Bhawna kerana
Abishek bukannya daripada kasta yang sama dengan mereka. Lagipun keluarga
Bhawna sudah ada calon pilihan mereka sendiri.
Sepuluh hari sebelum majlis pertunangan Bhawna bersama
lelaki pilihan keluarganya, dia telah berkahwin dengan Abishek secara
senyap-senyap di sebuah kuil. Bhawna tekad untuk melangsungkan perkahwinan itu
dengan harapan lambat laun ibu bapanya akan menerima jua Abishek sebagai
menantu.
Sebaik saja ibu bapa Bhawna mengetahui tentang perkahwinan
itu, mereka berjanji untuk mengadakan majlis perkahwinan secara meriah. Apa
yang berlaku kemudian, Bhawna telah dibawa pulang semula ke rumah sebelum
diseksa lalu dicekik sampai mati oleh ibu bapanya.
Abishek menyedari tentang kehilangan Bhawna selepas isterinya itu gagal untuk dihubungi. Setelah laporan polis dibuat, ibu bapa Bhawna yang disoal siasat akhirnya membuat pengakuan tentang pembunuhan tersebut.
Catat Ulasan for "ENAM KISAH PEMBUNUHAN KEJAM DEMI KEHORMATAN "