GARA-GARA CUBA MEROGOL, KEMALUAN LELAKI DIKERAT
BRAZIL – Padah melakukan cubaan rogol, seorang lelaki telah
dikerat di bahagian kemaluannya. Lelaki berusia 36 tahun yang tidak didedahkan
namanya itu diperlakukan sedemikian selepas cuba untuk merogol anak saudara
perempuannya sendiri. Perempuan yang berusia 20 tahun tersebut bagaimanapun
berjaya melawan sebelum berjaya melarikan diri. Bapa saudaranya itu pula
kemudian tertidur akibat mabuk.
Apabila teman lelaki perempuan tersebut mengetahui tentang
insiden itu, dia dan seorang lagi sepupunya berasa marah lalu ke lokasi
kejadian. Setibanya di sana, mereka berdua telah mengajak si bapa saudara tadi
untuk pergi ke sebuah kawasan ladang tebu yang berhampiran. Di situ, si bapa
saudara itu dibelasah dengan teruk hingga pengsan. Sewaktu dia sedang pengsan
itulah zakar dan buah zakarnya dikerat. Bahagian kemaluan kerat tersebut
kemudian diberikan kepada khinzir sebagai makanan. Mangsa segera membuat
panggilan kecemasan sebaik saja berjaya sampai ke rumah dalam keadaannya
berlumuran dengan darah.
Setelah tiba di hospital, mangsa terus menjalani pembedahan
kecemasan di bahagian saluran kencingnya. Bahagian kemaluannya yang sudah
dibuang gagal pula untuk ditemui. Jadi, tiada apa yang boleh dilakukan oleh
doktor. Mangsa kini diberikan rawatan antibiotik dengan jangkaan akan
dibenarkan untuk keluar dari hospital dalam masa beberapa lagi. Tidak dapat
dipastikan samada dia akan didakwa atas pertuduhan melakukan cubaan rogol
memandangkan tiada laporan polis yang dibuat.
Sementara itu, kedua-dua suspek telah telah pun ditahan oleh pihak polis.
Catat Ulasan for "GARA-GARA CUBA MEROGOL, KEMALUAN LELAKI DIKERAT"