Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH ALISON BOTHA : “Survival” Seorang Mangsa Rogol

Alison Botha

    Pada 17 Disember 1994, seorang wanita pekerja insurans bernama Alison Bothan yang berusia 27 tahun telah berkelah di tepi pantai bersama rakan-rakannya. Selesai berkelah, mereka semua menuju ke apartment Alison. Di apartment tersebut, Alison serta rakan-rakannya bersantai dengan memakan piza dan bermain permainan yang menyeronokkan. Tentang Alison, dia memiliki paras rupa cantik dan tubuh badan yang tinggi lampai.

RM26.15 : Link Shopee : https://shope.ee/4fS39THr5I

    Lebih kurang jam satu pagi berikutnya, Alison telah pergi menghantar salah seorang rakannya pulang dengan menaiki kereta. Sesudah itu, dia pun pulang semula ke apartmentnya. Sekembalinya ke kawasan apartment, Alison mendapati tempat parkir keretanya sudah diambil oleh orang lain. Disebabkan itu, dia pun meletakkan keretanya di bawah sebatang pokok kawasan yang berhampiran. Sewaktu Alison masih berada dalam keretanya, tiba-tiba dia didekati oleh seorang lelaki yang tidak dikenali. Mengejutkan Alison, lelaki yang bernama Frans du Toit tersebut telah mengacu pisau ke arah Alison sambil terus duduk di kerusi penumpang bahagian depan. Frans memberitahu Alison bahawa dia hanya ingin menaiki kereta itu selama sejam bagi mencari seseorang yang telah berhutang wang dengannya. Alison yang ketakutan namun berlagak tenang menuruti saja permintaan Frans. Semasa dalam perjalanan, Alison telah disuruh oleh Frans memberhentikan kereta bagi mengambil seorang lagi penumpang iaitu Theuns Kruger.

Frans du Toit dan Theuns Kruger

    Mengenai Frans du Toit (26 tahun) dan Theuns Kruger (19 tahun), mereka berdua merupakan pemuda yang mempunyai rekod jenayah rogol. Antara kes rogol yang telah dilakukan oleh dua sekawan itu termasuklah melibatkan seorang wanita hamil tiga bulan. Modus operandi Frans dan Theuns adalah melakukan ugutan terlebih dahulu sebelum membawa mangsa mereka ke sebuah tempat yang terpencil. Di situ, mereka berdua akan merogol mangsa secara berulang kali tanpa sebarang rasa belas kasihan. Frans dan Theuns sebenarnya pernah ditahan oleh pihak polis atas dakwaan kes rogol, namun dibebaskan semula dengan ikat jamin. Selain itu, terdapat juga laporan yang kurang jelas kesahihannya mendakwa bahawa pihak berkuasa di negara Afrika Selatan tidak memandang serius kes rogol.

RM5.99 : Link Shopee - https://shope.ee/3fZVxV2xou

    Berbalik dengan kejadian yang menimpa Alison, dia telah dibawa oleh Frans dan Theuns ke sebuah tempat terpencil, lalu dirogol. Hingga satu ketika, Alison pengsan akibat dicekik oleh Frans. Badannya kemudian diheret keluar dari kereta menuju ke kawasan semak belukar. Frans seterusnya menikam Alison di bahagian perut sebanyak 35 kali tikaman. Tikaman yang telah menyebabkan sebahagian daripada usus Alison terkeluar. Paling ngeri, leher Alison dikelar sebanyak 17 kali sebelum akhirnya dia ditinggalkan di tepi jalan untuk mati. Tanpa Frans dan Theuns sedari, Alison yang masih sedar sempat menulis nama perogolnya itu di pasir untuk dijadikan sebagai petunjuk kepada pihak polis sekiranya dia menemui ajal.

    Ajaibnya, Alison masih mampu bertahan. Bagi mengelakkan ususnya terus terkeluar, dia telah mengikat perutnya menggunakan kain baju yang telah ditinggalkan oleh salah seorang perogolnya. Pada masa sama, Alison terpaksa menahan kepalanya yang sudah tidak dapat ditegakkan. Bayangkan sebelah kepala memegang perut, sebelah lagi tangan memegang belakang kepala. Dalam keadaannya menahan kesakitan, Alison merangkap perlahan keluar dari semak menuju ke jalan raya. Nasib menyebelahi Alison apabila dia pada akhirnya berjaya ditemui oleh orang awam yang kebetulan melalui kawasan kejadian.  

    Setelah sampai di hospital, Alison terus dibedah dengan kadar segera bagi menyelamatkan nyawanya. Ini termasuklah memasukkan semula usus dan melakukan jahitan di leher Alison. Biarpun sudah dibedah, Alison terpaksa melakukan rawatan susulan selama berbulan-bulan untuk kembali sembuh sepenuhnya.

    Tentang Frans dan Theuns, mereka berdua telah ditangkap pihak polis menerusi proses pengecaman gambar yang dilakukan oleh Alison. Penangkapan tersebut dibuat pada dua hari selepas kejadian. Selepas disoal siasat, kedua-dua mereka membuat pengakuan dalam kes rogol Alison. Apa yang pasti, Frans dan Theuns berasa terkejut setelah diberitahu tentang Alison yang sebenarnya masih hidup. Cuma, Frans langsung tidak menunjukkan sebarang riak penyiasat dengan jenayah rogol yang dilakukannya. Dia bahkan memberitahu kepada pgawai penyiasat mengenai niatnya untuk mencari seorang lagi mangsa pada sehari selepas kejadian rogol Alison.

Redmi RM3.99 : Link Shopee - https://shope.ee/2q0OyNZZAm

    Berhubung perbicaraan kes, Frans dan Theuns telah dihukum penjara seumur hidup. Frans menerima tiga hukuman penjara seumur hidup manakala Theuns pula dipenjarakan satu hukuman penjara seumur hidup dengan tambahan 25 tahun. Nama Frans pernah menjadi sebutan pihak media gara-gara dakwaan tentang insiden rogol Alison yang dikatakan berpunca daripada pengaruh satanisme yang dianutinya. Dalam erti kata lain, perogol Alison sebenarnya adalah syaitan yang telah merasuki Frans.

Alison Botha kini

    Sementara itu, Alison dikatakan mengalami kemurungan selepas kejadian tersebut. Dia telah meninggalkan kariernya sebagai pekerja insurans untuk menjadi seorang penceramah motivasi. Alison yang berkahwin pada tahun 1997 telah selamat melahirkan anak pertamanya pada tahun 2003 disusuli anak kedua pada tiga tahun kemudian. 

Catat Ulasan for "KISAH ALISON BOTHA : “Survival” Seorang Mangsa Rogol"