KISAH AMARJEET SADA : Pembunuh Bersiri Paling Termuda di Dunia
Amarjeet Sada |
Ini adalah kisah pembunuh bersiri paling termuda di dunia
yang berasal dari negara India. Amarjeet Sada mula melakukan pembunuhan pada
seawal usianya tujuh tahun. Salah seorang mangsa yang dibunuhnya adalah seorang
bayi perempuan yang baru berusia lapan bulan. Jangan terkejut, bayi perempuan
itu merupakan adik kepada Amarjeet sendiri.
Amarjeet Sada dilahirkan pada tahun 1998 bertempat di
kawasan perkampungan Mushahar, India. Tidak banyak perkara yang diketahui
tentang kehidupan Amarjeet. Namun apa yang dapat dipastikan, bapanya adalah
seorang buruh. Ada kemungkinan besar bahawa Amarjeet telah didera dengan
disuruh secara paksa untuk bekerja atas faktor keluarganya yang begitu miskin.
Mangsa pembunuhan pertama Amartjeet merupakan sepupunya
sendiri yang berusia enam tahun. Tidak jelas bagaimana pembunuhan tersebut
boleh berlaku. Amartjeet kemudian menjadikan adik perempuannya sendiri sebagai
mangsa kedua dengan cara cekikan leher sampai mati. Lagi mengerikan apabila
Amartjeet telah menghentak kepala adiknya itu dengan batu hingga hancur
berkecai. Seperkara yang perlu diketahui, keluarga Amarjeet dan sebahagian
penduduk kampung mengetahui tentang pembunuhan kejam tersebut. Walau
bagaimanapun, mereka mengambil pendekatan untuk mendiamkan diri dengan
beranggapan apa yang telah dilakukan oleh Amarjeet sebenarnya adalah atas “urusan
keluarga”.
Pada tahun 2007, seorang wanita bernama Chunchun Devi telah
menghantar bayi perempuannya yang berusia enam bulan ke sebuah taska. Apa yang
berlaku kemudian iaitu sewaktu Chunchun kembali ke taska tersebut, anaknya
didapati sudah pun hilang. Pada masa singkat, berita kehilangan bayi malang itu
telah tersebar luas. Penduduk kampung yang mendengar khabar tersebut terus
mengesyaki Amarjeet sebagai pelaku. Apabila Amarjeet disoal mengenai perkara
itu, dia terus mengaku telah membunuh bayi itu. Selepas membuat pengakuan,
Amartjeet telah menunjukkan lokasi penanaman mayat bayi tersebut. Selain itu, fakta
yang paling mengejutkan adalah Amartjeet tidak menunjukkan sebarang rasa
penyesalan dengan perbuatan kejamnya. Sewaktu dalam tahan pihak polis, Amarjeet
dikatakan hanya tersenyum sambil meminta beberapa keping biskut untuk
dimakannya kerana kelaparan.
Berdasarkan penilaian yang dibuat oleh pakar psikologi, Amarjeet diyakini mengidap penyakit “conduct disorder” yang bermaksud kelainan tingkahlaku. Dalam erti kata lain, Amarjeet tidak dapat untuk membezakan perkara yang betul dan salah. Selepas penahannya, Amarjeet dilaporkan telah ditempatkan di sebuah pusat juvenil yang terletak di bandar Munger. Di bawah undang-undang negara India, seorang pesalah kanak-kanak tidak dibenarkan untuk menjalani hukuman mati atau penjara tetapi sebaliknya ditahan di pusat juvenil sehingga mereka berusia 18 tahun. Ada spekulasi yang mengatakan bahawa Amarjeet telah menjalani rawatan di sebuah hospital mental sehingga tempoh hukumannya selesai. Ada juga teori mendakwa Amarjeet bukanlah pembunuh seperti yang digembar-gemburkan. Ini berikutan tiada lagi kes lain yang menunjukkan pembunuh sebaya Amartjeet mampu melakukan kerja-kerja penghapusan bukti serta penanaman mayat pada waktu selepas pembunuhan.
Hari ini, Amarjeet sudah pun berusia 20an. Dia berkemungkinan besar sudah pun dibebaskan. Tentang keberadaannya sekarang kekal menjadi rahsia. Lagipun tiada sebarang liputan media yang dibuat mengenai Amarjeet.
Catat Ulasan for "KISAH AMARJEET SADA : Pembunuh Bersiri Paling Termuda di Dunia"