Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH PEMBUNUHAN TRAGIS BAYI BRIANNA

    Bayi Brianna atau nama sebenarnya iaitu Brianna Lopez dilahirkan pada 14 Februari 2002 di Las Cruces, New Mexico. Dia merupakan anak kepada pasangan Andy Walters (21 tahun) dan Stephanie Lopez (19 tahun). Selepas dibenarkan untuk keluar dari hopsital, Briana dibawa oleh ibu bapanya untuk tinggal di sebuah rumah jenis trailer yang turut dihuni oleh Steven Lopez yakni kembar kepada Stephanie. Namun lima bulan kemudian, Brianna telah mati akibat menjadi mangsa penderaan kejam oleh kejam keluarganya sendiri.

    Kisah sebenar bermula pada pagi 19 Julai 2002 apabila pihak talian kecemasan menerima panggilan daripada Stephanie yang memberitahu bahawa Brianna tidak sedarkan diri kerana terjatuh dari kerusi. Sudah ajal, Brianna telah disahkan meninggal dunia di hospital pada usia lima bulan lima hari. Hasil pemeriksaan yang dilakukan oleh pasukan perubatan mendapati terdapat kesan gigitan serta lebam pada bahagian kepala, muka dan tubuh badan Brianna. Selain itu, Brianna juga mengalami keretakan tengkorak, patah tulang rusuk, patah tangan dan patah kaki. Lagi sadis, ada kesan luka di bahagian kemaluan Brianna. Maka terbongkarlah rahsia gelap keluarga Lopez yang selama ini telah mendera Brianna sejak dari kelahirannya. Apa yang menyedihkan, Brianna langsung tidak pernah disayangi walaupun untuk sesaat. Dia sebaliknya ditampar, ditumbuk, ditendang dan dibaling sesuka hati oleh Andy serta Steven.

    Pada waktu malam kejadian sebelum kematian Brianna, ibu bapa dan bapa saudaranya telah meminum bir bersama-sama. Sesudah meneguk beberapa tin bir, Stephanie kemudian pergi tidur. Sementara itu, Andy dan Steven pula melakukan kerja gila dengan melambung Brianna pada siling dengan begitu kuat. Lambungan yang dibuat secara berulang kali. Selepas dilambung, Brianna sengaja dibiarkan untuk jatuh ke lantai. Andy dan Steven pula ketawa terbahak-bahak apabila melihat Brianna yang menangis teresak-esak akibat kesakitan. Harus diketahui, Brianna telah menjadi mangsa rogol serta liwat oleh Andy dan Steven sejak dari dia berusia beberapa minggu. Mengenai Stephanie, dia akan memicit dan mengigit Brianna sekira anaknya itu tidak berhenti menangis.

Andy, Steven dan Stephanie (Kredit : Morbidology)

    Berhubung dengan perbicaraan kes, Andy dan Steven telah didapati bersalah atas kesalahan melakukan hubungan seksual, penderaan yang menyebabkan kematian dan beberapa lagi pertuduhan berkaitan. Andy Walters menerima hukuman penjara selama 63 tahun. Begitu juga dengan Steven Lopez yang dipenjarakan selama 57 tahun. Dua lagi individu yang dikenakan hukuman penjara adalah nenek serta bapa saudara Brianna iaitu Patricia Walters dan Robert Walters. Mereka berdua yang tinggal serumah dengan Brianna telah diperintahkan meringkuk di penjara untuk 60 hari kerana tidak membuat sebarang laporan rasmi tentang penderaan bayi malang tersebut. Stephanie menerima nasib berbeza apabila dia dipenjarakan selama 27 tahun. Walau bagaimanapun, Stephanie dibebaskan pada tahun 2016 kerana berkelakuan baik dalam penjara. Pembebasannya itu ternyata telah mencetuskan kemarahan orang ramai.

    Satu lagi perkara paling tidak disangka dalam kes ini adalah fakta tentang ketiadaan sebarang foto Brianna di rumahnya. Dalam erti kata lain, keluarga Lopez langsung tidak menyimpan foto Brianna.  Foto-foto Brianna yang sedia ada hanyalah foto mayatnya yang diambil di rumah mayat pada waktu selepas kematiannya. Cuma menyentuh emosi apabila ada foto-foto Brianna itu telah diedit dengan tanpa kesan lebam dan luka di mukanya untuk dijadikan sebagai kenangan. 

1 ulasan for "KISAH PEMBUNUHAN TRAGIS BAYI BRIANNA"

  1. Astaghfirullah....manusia ga punya akhlak dan berhati iblis. Hrsnya balas disiksa sprti apa yg dilakukan trhadap baby briana smpai mereka mati.

    BalasPadam