KISAH PEMBUNUHAN BAYI MADDOX : Bapa Psiko
Ryan, Morgan dan Maddox |
Pada 20 Februari 2016, seorang bayi perempuan bernama Maddox Lawrence yang berusia 21 bulan telah dilaporkan hilang oleh ibunya. Seorang lagi yang gagal dikesan adalah bapa Maddox sendiri iaitu Ryan Lawrence, 25 tahun.
Bertindak atas laporan kehilangan Maddox, pihak polis terus melakukan operasi pencarian. Menerusi satu sidang media, Morgan
Lawrence yang juga merupakan ibu kepada Maddox telah berkata,
"Ryan, jika awak mendengar, tolong bawa pulang semula
Maddox."
"Maddox, ibu sayangkan awak sayang."
"Ryan tolong, tolonglah telefon. Kami semua cuma nak
tahu samada kamu berdua berada dalam keadaan selamat. Kami sekeluarga sayangkan
awak. Kami sekeluarga mahu kamu berdua pulang ke rumah. Kami cuma nak tahu
samada kamu berdua berada di tempat yang selamat."
Difahamkan sebelum waktu kejadian, Ryan bersama Maddox telah
menghantar Morgan pergi ke tempat kerjanya. Beberapa jam kemudian, Morgan yang
sudah habis bekerja pun menunggu Ryan datang menjemputnya. Namun apa yang
berlaku, Ryan dan Maddox langsung tidak muncul. Lagi mengejutkan Morgan, dia
mendapati kereta keluarganya ada di kawasan parkir tempat kerjanya. Jadi, dia
pun menaiki kereta tersebut untuk pulang ke rumah. Apabila sampai di rumah,
Morgan mendapati suami dan anaknya masih tidak kelihatan. Cumanya, Morgan ada
menerima satu pesanan video berdurasi lapan minit yang dihantar oleh Ryan.
Dalam video itu, Ryan memberitahu untuk membunuh diri bersama dengan Maddox.
Bayi Maddox |
36 jam selepas kehilangan Maddox, pihak polis berjaya menangkap Ryan hasil daripada maklumat orang awam. Penangkapan itu dibuat di sekitar kawasan Baldwinsville. Pengakuan dari Ryan kemudian membawa kepada penemuan mayat Maddox di kawasan anak sungai Onondaga yang terletak di Syracuse.
Ya, Ryan telah membunuh Maddox yakni darah dagingnya sendiri
dengan cara yang sangat kejam. Bayi Maddox dipukul sampai mati oleh Ryan dengan
kayu pemukul besbol. Tak cukup dengan itu, mayat Maddox kemudian dibakar dalam
unggun api sebelum diikat pada blok cinder lalu dibuang ke dalam sungai.
Tentang Ryan dan Morgan, mereka berdua mula berkenalan
semasa bekerja di sebuah pusat membeli belah. Tidak lama selepas Morgan hamil,
pasangan tersebut pun membuat keputusan untuk berkahwin. Sebaik Maddox
dilahirkan, Ryan dan Morgan bekerja keras untuk menyara kehidupan keluarga
mereka. Ryan dikatakan sebagai seorang suami dan bapa yang baik.
Sewaktu usia Maddox hampir mencecah setahun, Ryan dan Morgan
mendapati semakin satu mata anak tunggal mereka tersebut semakin gelap. Hasil
pemeriksaan perubatan mendapati Maddox disahkan mengidap penyakit kanser
Retinoblastoma. Ryan dan Morgan berusaha sebaik mungkin untuk menyelamatkan
Maddox. Mereka berdua telah berulang alik ke New York untuk menghantar Maddox
menjalani rawatan kimoterapi. Selepas beberapa kali menjalankan rawatan dengan
bantuan kewangan daripada orang ramai, Maddox berjaya melawan penyakit kanser
yang dihidapinya itu. Dalam erti kata lain, Maddox adalah seorang kanser
survivor.
Berhubung perbicaraan kes, Ryan menerima rundingan
pertuduhan dengan mengaku bersalah atas pembunuhan Maddox telah dijatuhkan
hukuman penjara untuk seumur hidup. Dia hanya layak untuk diparol selepas 25
tahun di penjara. Sementara itu, Morgan telah memberitahu pihak mahkamah bahawa
dia mengalami kemurungan dan kegelisahan selepas kematian Maddox.
Berkenaan dengan motif pembunuhan Maddox, setakat ini tiada
penjelasan sahih tentang perkara tersebut. Cuma apa yang pasti, Ryan mendakwa
dirinya mengidap penyakit kemurungan psikotik berpunca daripada masalah rumah
dan kewangan yang dialaminya. Dia juga ada merancang untuk membunuh diri
selepas pembunuhan Maddox. Ryan bagaimanapun tidak sempat berbuat sedemikian
berikutan ditangkap oleh pihak polis. Harus diketahui, dua orang pakar
psikiatri yang melakukan pemeriksaan terhadap Ryan menunjukkan lelaki itu tidak
mempunyai sebarang tanda penyakit mental. Bahkan, pembunuhan Maddox nampak
seperti pembunuhan yang terancang. Pembunuhan tersebut berkemungkinan besar
dilakukan oleh Ryan kerana dia berasa cemburu dengan perhatian ramai yang
diterima oleh Maddox atas statusnya sebagai seorang kanser survivor.
Di penjara, Ryan berdepan dengan kesukaran ekoran statusnya sebagai pembunuh bayi telah tersebar luas di penjara. Ada satu cerita yang tidak dapat dipastikan sejauh mana kebenarannya, Ryan dibelasah sebanyak 10 kali oleh banduan lain dalam tempoh enam hari pertamanya dalam penjara. Ryan dilaporkan tidak membuat laporan tentang insiden terbabit.
Catat Ulasan for "KISAH PEMBUNUHAN BAYI MADDOX : Bapa Psiko"