KISAH PENDERAAN DANIEL PELKA
IKLAN
Daniel Pelka |
Awal tahun 2011, Daniel telah dimasukkan ke hospital akibat
patah lengan serta pada masa yang sama terdapat kesan lebam pada bahagian
lengan, bahu dan perutnya. Menyedari kecederaan Daniel itu berkemungkinan besar
akibat penderaan dan bukannya terjatuh semasa bermain seperti yang didakwa oleh
keluarga Daniel, seorang jururawat wanita telah bertindak melaporkan perkara
tersebut kepada pihak yang berwajib. Namun apa yang berlaku kemudian, butiran
laporan pemeriksaan yang telah dibuat oleh agensi kebajikan mendapati Daniel
boleh dijaga dengan baik oleh Magdalena.
Tilam tempat tidur Daniel |
Hakikat sebenar, Daniel tidak mengalami sebarang penyakit
makan seperti yang didakwa oleh Magdalena. Apa yang berlaku sebenarnya adalah
dia dibiarkan untuk kelaparan di rumah dengan dikurung dalam bilik. Dalam erti
kata lain, Mariusz dan Magdalena tidak memberikan Daniel sebarang makanan kecuali
garam. Tak cukup dengan itu, Daniel yang sering dibelasah juga disuruh untuk
tidur di atas tilam yang dipenuhi dengan air kencing. Lagi kejam, budak malang
tersebut pernah direndam dalam air sejuk hingga pengsan. Ia adalah sebagai
hukuman untuk Daniel kerana meminta makanan.
Pagi 3 Mac 2012, Magdalena telah menghubungi pihak talian kecemasan untuk memberitahu bahawa Daniel berada dalam keadaan tidak sedarkan diri. Daniel yang kemudian dihantar ke hospital oleh pasukan paramedik disahkan meninggal dunia pada jam 3.50 pagi. Harus diketahui iaitu pada dua hari sebelum kematiannya, Daniel dibelasah Mariusz secara bertubi-tubi hanya kerana dia terkencing dalam seluar. Selepas mendapati Daniel langsung tidak sedarkan diri, Magdalena telah melakukan carian Google dengan kata carian “care patient in a coma” dan “salt poisoning.”
Berdasarkan laporan bedah siasat, Daniel mengalami 22 kesan kecederaan parah pada seluruh tubuh badan dengan punca kematiannya adalah disebabkan kecederaan otak. Paling menyayat hati, Daniel yang berusia 4 tahun lebih waktu tersebut memiliki berat badan hanya seberat 10 kilogram.
Antara perkara yang paling menjadi pertikaian ramai pihak
dalam kes ini adalah bagaimana pihak terbabit terutamanya pengurusan sekolah
boleh terlepas pandang terhadap penderaan yang dialami Daniel sedangkan semua
kesan kecederaan yang ada pada dirinya boleh dilihat dengan mata kasar. Bayangkan,
tiada satu pun laporan yang dibuat oleh pihak sekolah Daniel kepada pihak
berkuasa. Pada satu sudut lain, Daniel memang tidak pernah bercerita tentang
punca kecederaannya berikutan kurang fasih untuk berbahasa Inggeris.
Mariusz Krezolek dan Magdalena Luzcak |
Mengenai perbicaraan kes tahun 2013, Mariusz dan Magdalena yang didapati bersalah atas pembunuhan Daniel telah dijatuhkan hukuman penjara dengan minimum 30 tahun. Pasangan itu waktu sebelumnya saling menyalahkan antara satu sama lain dengan Magdalena mendakwa bahawa dia turut menjadi mangsa penderaan Mariusz kerana cuba untuk melindungi Daniel. Pada 14 Julai 2015 iaitu sehari sebelum ulang tahun kelahiran Daniel yang kelapan, Magdalena telah membunuh diri dalam penjara dengan cara menggantungkan diri. Enam bulan berikutnya, giliran Mariusz pula mati akibat serangan jantung. Sehari sebelum kematian Mariusz itu, dia enggan untuk mendapatkan rawatan perubatan luar susulan bimbang wajahnya akan dicam oleh orang awam.
Catat Ulasan for "KISAH PENDERAAN DANIEL PELKA"