KISAH ENO FARIHAH : Insiden Rogol Paling Kejam di Indonesia
Kredit Foto : merdeka.com |
Pada tahun 2016, Eno Farihah adalah seorang gadis muda cantik berusia 19 yang berasal dari Kampung Bangkir, Kelurahan Pegandikan, Lebak Wangi, Kabupaten Serang, Banten. Dia yang juga merupakan anak keempat daripada tujuh orang adik-beradik adalah seorang pekerja kilang plastik yang terletak di PT Polyta Global Mandiri, di Jalan Raya Perancis Pergudangan 8 Dadap, Kecamatan Kosambi, Kabupaten Tangerang.
Eno dikatakan sebagai seorang anak yang baik dan juga begitu disenangi oleh orang-orang di sekelilingnya. Seperkara lagi perlu diketahui, dia tinggal di dalam sebuah asrama yang berdekatan dengan kilang tempatnya bekerja. Eno hanya akan pulang ke rumah keluarganya sekali dalam seminggu.
Kisah sebenar bermula pada lewat malam 12 Mei 2016 di mana
seorang remaja lelaki berusia 16 tahun bernama Rahmat Alim telah pergi bertemu
dengan Eno. Mereka berdua yang baru saja sebulan berkenalan sering berhubung
melalui teks mesej. Difahamkan, itu adalah bakal pertemuan terakhir antara Eno
dan Rahmat kerana Eno bakal dijodohkan oleh orang tuanya bersama dengan orang
lain. Pada mulanya, Eno dikatakan enggan untuk bertemu dengan Rahmat. Walau
bagaimanapun, dia tewas jua akibat termakan dengan pujukan Rahmat.
Setibanya di lokasi, Rahmat terus memasuki bilik Eno selepas diberikan isyarat oleh Eno sendiri. Rahmat dan Eno seterusnya berborak mesra selama 30 minit sebelum kedua-dua mereka mula berciuman. Rahmat yang terus gagal untuk mengawal nafsu kemudian mengajak Enno untuk melakukan hubungan seks. Enno bagaimanapun enggan untuk berbuat sedemikian kerana bimbang akan hamil. Disebabkan benar-benar berasa kecewa dengan perkara itu, Rahmat pun terus keluar dari rumah Eno.
Semasa Rahmat berada di luar perkarangan asrama tersebut,
dia sempat untuk menghisap rokok sebelum ditegur oleh seorang lelaki rakan
sekerja Eno yang berusia 24 tahun iaitu Rahmat Arifin. Tidak lama selepas itu,
seorang lelaki bernama Imam Hapriyadi juga berusia 24 tahun yang kebetulan
melalui kawasan situ telah menyapa pula Rahmat dan Arifin yang sedang rancak
berborak. Selepas saling berborak, tiga lelaki terbabit sebenannya didapati
mempunyai persamaan iaitu menaruh perasaan terhadap Eno. Namun harus diingatkan
bahawa Rahmat, Arifin dan Imam adalah saling tidak mengenali. Cuma apa yang
benar-benar mengejutkan adalah bagaimana mereka bertiga boleh bersepakat untuk
merogol Eno. Rahmat, Arifin serta Imam tekad berbuat sedemikian kerana berasa
terhina dengan cinta mereka yang telah ditolak oleh Eno. Jadi, mereka bertiga
kemudian pun menuju ke bilik Eno.
Eno yang sedang tidur terus dirogol secara bergilir-gilir dengan
Imam menekup mukanya menggunakan bantal. Sementara itu, Rahmat gagal menemui sebarang
pisau di rumah Eno seperti yang dikehendaki Imam. Apa yang ditemui Rahmat
hanyalah sebatang cangkul sebelum ia digunakan untuk memukul muka Eno dengan begitu
kuat. Lagi kejam, apabila batang cangkul sepanjang 60 sentimeter tersebut
ditusuk masuk ke dalam lubang kemaluan Eno. Tusukan yang dibuat oleh Rahmat itu
menembusi rongga dada Eno lalu menyoyak hati, paru-paru selain mematahkan
tulang lehernya . Pada masa sama, Imam menikam muka Eno yang sudah lagi tidak
bernyawa ketika itu dengan garpu. Selesai melakukan pembunuhan dahsyat tersebut,
ketiga-tiga pelaku sempat untuk membersihkan diri sebelum beredar dari tempat
kejadian.
Link Shopee : https://shope.ee/AK2PgdAAe9 |
Catat Ulasan for "KISAH ENO FARIHAH : Insiden Rogol Paling Kejam di Indonesia"