Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH HANG MIOKU : Padah Obses dengan Pembedahan Plastik

Hang Mioku

    Sudah menjadi lumrah, semua orang suka kecantikan. Zaman sekarang, kebanyakan wanita ingin kelihatan cantik terutamanya artis mahupun selebriti media sosial. Manakan tidak, gaya penampilan mereka sentiasa menjadi tumpuan oleh media dan para peminat. Bercerita tentang artis di negara Korea Selatan, pembedahan plastik adalah sesuatu yang perlu mereka lakukan. Semuanya adalah demi kepentingan karier mereka.

Link Shopee : https://shope.ee/AzyY4cNUM

    Pernah mendengar kisah Hang Mioku iaitu seorang bekas artis wanita Korea Selatan yang telah melakukan pelbagai pembedahan muka? Kesan daripada pembedahan itu pada akhirnya telah menyebabkan muka Mioku mengalami kecacatan kekal untuk seumur hidup.


   Hang Mioku yang dilahirkan pada tahun 1963 merupakan seorang penyanyi dan model terkenal. Tidak banyak yang diketahui tentang latar belakang Mioku. Apa yang dapat dipastikan, dia pernah berkahwin dan mempunyai dua orang anak. Kisah sebenar bermula apabila Mioku melakukan pembedahan plastik yang pertama pada usia 28 tahun. Ini termasuklah menyuntik silikon pada bahagian mukanya. Mioku yang sebelum itu memiliki kulit muka yang licin telah menjadi semakin obses dengan pembedahan plastik. Dia tidak pernah berasa puas hati kerana sentiasa ingin kelihatan lebih cantik daripada orang lain. Disebabkan itu, Mioiku telah melakukan banyak pembedahan susulan.


    Lama-kelamaan, muka Mioku menjadi membulat serta membengkak hinggakan doktor enggan melakukan pembedahan terhadapnya lagi kerana tidak mahu untuk mengambil sebarang risiko. Walau bagaimanapun, Mioku tetap berdegil. Bahkan dia sanggup menyuntik wajahnya dengan silikon yang dibeli dari pasaran gelap Jepun. Sampai satu masa, Mioku yang sudah kehabisan wang untuk membeli silikon telah menyuntik mukanya dengan minyak masak. Betapa teruk muka Mioku sehingga ibu bapanya sendiri tidak dapat untuk mengecamnya lagi. Malah Mioku yang dulunya cantik telah menjadi bahan jenaka sebagai “kipas berdiri” oleh kanak-kanak di kawasan kejiranan rumahnya. Seperkara yang harus diketahui, doktor menyifatkan keobsesan Mioku pada pembedahan plastik ini adalah sebagai satu gangguan psikologi.

    Mioku bagaimanapun mula mendapat simpati orang ramai selepas kisahnya disiarkan melalui sebuah saluran siaran televisyen. Melalui wang sumbangan derma orang ramai, Mioku telah menjalani pembedahan bagi mengecilkan saiz mukanya. Hasil pembedahan tersebut, pakar bedah berjaya mengeluarkan bahan asing dari muka Mioku sebanyak 60g dan 200g dari bahagian lehernya. Mioku juga melalui beberapa pembedahan susulan selepas itu. Namun segala sudah terlambat untuk Mioku kerana mukanya sudah memang tidak dapat dipulihkan seperti dalam keadaan bentuk asal.

    Mioku yang kini telah pun berusia dalam 50an tinggal di sebuah tempat yang tidak didedahkan kepada umum. Ada ura-ura mengatakan dia bekerja di sebuah kedai pakaian bagi menampung perbelanjaan kehidupannya.

Catat Ulasan for "KISAH HANG MIOKU : Padah Obses dengan Pembedahan Plastik"