KISAH HISASHI MISHIZAWA & MAI NAKAHARA : Harga Setia Seorang Lelaki
Hisashi Nishizawa dan Mai Nakahara |
Hisashi Nishizawa dan Mai Nakahara mula menjalinkan hubungan
sebagai pasangan kekasih atas dasar cinta pandang pertama. Mereka berdua saling
mencintai antara satu sama lain. Hisashi sayangkan Mai, Mai sayangkan Hisashi.
Susah senang sentiasa bersama. Selepas dua tahun bercinta, Hisashi duduk
melutut untuk melamar Mai dengan suasana yang penuh romantik. Mai menangis
teresak-esak sambil menganggukkan kepala, tandanya bersetuju.
Mengikut rancangan asal, Hisashi dan Mai merancang untuk
melangsungkan majlis perkahwinan mereka pada tahun 2007. Segala persiapan telah
dibuat secara rapi. Walau bagaimanapun, langit tidak selalu cerah. Satu hari
iaitu semasa pasangan kekasih tersebut berbincang tentang majlis perkahwinan
mereka, Mai tiba-tiba merenung Hisashi sebelum mengajukan soalan,
“Siapa kamu?”
Mendengar soalan itu, Hisashi benar-benar berasa terkejut.
Beberapa hari kemudian, perangai Mai semakin aneh dengan dia suka menjerit dan
menangis tanpa sebarang sebab. Paling tidak disangka, Mai sudah tidak lagi
mengenali Hisashi, rakan-rakan dan keluarganya sendiri. Disebabkan berasa
bimbang dengan keadaan Mai yang mungkin akan melarat, Hishashi bertindak
membawa cinta hatinya itu ke hospital. Biarpun pemeriksaan telah dibuat, pihak
hospital gagal untuk mengenalpasti punca sebenar penyakit yang dialami oleh Mai.
Malah, Mai juga terpaksa bergantung dengan mesin bantuan pernafasan untuk terus
hidup. Situasi menjadi semakin menyedihkan apabila Mai tiba-tiba jatuh koma
dengan peluangnya untuk sedar semula adalah begitu tipis. Tentang Hisashi, dia
tetap memilih untuk menunggu Mai sedar. Bahkan demi cinta sejatinya terhadap
Mai, Hisashi memilih untuk menangguhkan majlis perkahwinan daripada
membatalkannya. Setiap hari, Hisashi akan bangun dua jam lebih awal bagi
menjaga dan bercakap dengan Mai sebelum pergi bekerja. Habis waktu bekerja,
Hisashi akan melakukan urutan pada badan Mai.
Hanya selepas lima bulan Mai berada di hospital, barulah doktor dapat mendiagnosis penyakit sebenar yang dihidapinya. Mai telah disahkan mengalami penyakit ensefalitis limbik yang disebabkan oleh barah ovarinya. Pembedahan ovari Mai pada waktu kemudiannya berjaya dibuat. Cumanya, Mai masih tetap tidak bangun. Pada masa sama, ibu Mai telah menyuruh Hisashi supaya mencari perempuan lain sebagai pengganti. Hisashi enggan berbuat sedemikian kerana terlalu mencintai Mai. Kata Hisashi dengan penuh linangan air mata,
“Saya merayu, biarkan saya untuk terus berada di sisi Mai.
Saya ingin melihat dia semula. Saya ingin mendengar dia memanggil nama saya
semula. Saya tidak akan berputus asa.”
Catat Ulasan for "KISAH HISASHI MISHIZAWA & MAI NAKAHARA : Harga Setia Seorang Lelaki"