KISAH PEMBUNUHAN KEJAM YINGYING ZHANG
Yingying Zhang adalah seorang wanita cantik dan pintar yang dilahirkan pada 21 Disember 1990 di bandar Nanping, Fujian, China. Dia yang sememangnya rajin sejak dari kecil bercita-cita untuk menjadi seorang professor. Selain itu, Yingying juga mempunyai seorang teman lelaki yang bernama Xiaolin Hu. Mereka berdua telah merancang untuk melangsungkan majlis perkahwinan pada penghujung tahun 2017. Diringkaskan ceritanya iaitu pada bulan April 2017, Yingying berlepas ke Amerika Syarikat selepas dia mendapat tajaan untuk melakukan penyelidikan berkaitan fotosintesis dan produktiviti tanaman selama setahun bertempat di University of Illinois Urbana-Champaign. Yingying juga ada menyimpan niat untuk melanjutkan pelajaran sebagai pelajar doktor falsafah di universiti yang sama.
Pada 9 Jun 2017, Yingying mempunyai temu janji dengan seorang ejen untuk urusan menandatangani kontrak perjanjian sewa rumah. Namun apa yang berlaku kemudian, Yingying langsung tidak muncul pada waktu seperti yang telah dijanjikan. Mesej yang dihantar oleh ejen itu pula langsung tidak berbalas. Hinggalah waktu lewat malam, rakan-rakan Yingying yang mula menyedari tentang kehilangan Yingying telah pergi membuat aduan kepada pihak pengurusan kampus. Selepas laporan polis dibuat, operasi pencarian Yingying terus dilakukan secara besar-besaran dengan kerjasama oleh pihak FBI.
Aparment kediaman sementara Yingying turut digeledah. Hasil penggeledahan, tiada unsur jenayah yang disyaki berlaku. Memandangkan Yingying tidak mempunyai sebarang kereta, pihak polis percaya Yingying sudah pasti ada menaiki bas pada hari kejadian. Jadi, pihak polis telah melakukan pemeriksaan kamera litar tertutup di beberapa tempat yang dikenalpasti. Berdasarkan pemeriksaan rakaman tersebut, Yingying ada dilihat sedang berdiri di tepi jalan untuk menunggu bas. Apa yang memang dapat dipastikan, Yingying waktu itu telah terlewat untuk menghadiri temu janjinya. Pemeriksaan selanjutnya mendapati ada sebuah kereta hitam model Saturn Astras telah melintas di depan Yingying. Kereta tersebut bagaimanapun berundur semula mendekati Yingying. Lebih kurang seminit selepas itu, Yingying telah memasuki ke dalam kereta tersebut. Walaupun nombor pendaftaran kereta tersebut tidak dapat untuk dicam, pihak berjaya dapat mengesan kesemua 18 pemilik kereta hitam Saturn Astras yang berdaftar di bandar berkenaan. Salah seorang pemilik kereta itu dikenali sebagai Brendt Allen Christensen.
Keluarga Yingying Zhang |
Mengenai Brendt, dia bukan calang-calang individu. Harus diketahui, Brendt yang dilahirkan pada tahun 1980 merupakan seorang lulusan ijazah sarjana dalam bidang fizik. Pada waktu kejadian juga, dia memegang status sebagai seorang pelajar doktor falsafah. Selain itu, Brendt tidak mempunyai sebarang rekod jenayah. Seperkara lagi, Brendt sudah berkahwin pada tahun 2013 dengan mengahwini seorang wanita bernama Michelle Zortman. Mereka berdua mengamalkan konsep perkahwinan terbuka yang bermaksud masing-masing masih boleh bebas untuk bersama dengan orang lain termasuklah dalam melakukan hubungan seks. Brendt juga adalah penggemar seks secara abnormal, liar, kejam dan juga menyakitkan.
Sewaktu disoal siasat tentang keberadaannya semasa hari kejadian, Brend mendakwa samada dua perkara yang dilakukan iaitu tidur atau bermain permainan video. Namun selepas siasatan lanjut dibuat, Brend akhirnya mengaku bahawa dia adalah individu yang telah memberi tumpangan kereta kepada Yingying pada waktu kejadian. Cumanya Brend memberitahu, dia menurunkan Yingying di sebuah tempat selepas dipinta oleh Yingying untuk berbuat sedemikian. Susulan keterangan itu, pihak polis telah menyita komputer riba dan telefon Brend untuk tujuan siasatan.
Bagi mendapatkan bukti, pihak polis meminta bantuan daripada teman wanita Brendt yang bernama Terra Bullis untuk merakam percakapan Brend secara rahsia. Terra bersetuju kerana yakin Brendt tidak bersalah. Jadi pada 29 Jun 2017, Brendt dan Terra telah menghadiri upacara memperingati Yingying. Tanpa disangka, Brendt membuat pengakuan depan Terra tentang pembunuhan Yingying. Brendt turut membuat dakwaan lain mengenai Yingying yang merupakan mangsa pembunuhannya ketiga belas. Bagaimanapun, tiada sebarang bukti kukuh untuk membuktikan kewujudan 12 kes bunuh seperti yang didakwa oleh Brendt.
Brendt telah ditangkap secara rasmi pada 30 Jun 2017 atas kesalahan menculik dan membunuh. Bukti yang sedia ada adalah darah dan DNA milik Yingying yang ditemui di rumah Brendt. Tentang apa yang berlaku kepada Yingying pada hari kejadian, dia telah dirogol oleh Brendt di dalam bilik tidur. Selepas dirogol, Yingying diheret ke dalam bilik mandi. Di situ kepala Yingying pecah akibat dipukul Brendt secara berulang kali dengan kayu pemukul besbol. Lagi kejam apabila Brendt bertindak untuk mengerat mayat Yingying kepada beberapa bahagian lalu disimpannya ke dalam tiga plastik sampah yang berasingan sebelum diletakkan ke dalam tempat pembuangan sampah. Hingga pada hari ini, mayat Yingying masih gagal untuk ditemui. Mayatnya itu dipercayai berada di sebuah kawasan tapak pelupusan sampah. Kerja-kerja mencari amat sukar untuk dilakukan kerana longgokan sampah begitu banyak serta menelan kos perbelanjaan operasi pencarian yang tinggi.
Gambar sekadar hiasan. |
Berhubung dengan keputusan perbicaraan kes, Brendt yang didapati bersalah atas kesalahan melakukan penculikan hingga menyebabkan kematian telah menerima hukuman penjara seumur hidup dengan tanpa sebarang peluang parol.
Ni setan bertopengkan manusia..semoga mereput dalam neraka..
BalasPadam😔
BalasPadam