Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH KEMATIAN MENYAYAT HATI STEPHANIE TORRES

 IKLAN



    "Assalamualaikum. Anda perlukan natural remedies untuk kesihatan anda dan keluarga? Sering stress dengan keadaan sekeliling anda? Berminat dengan Young Living sudah lama tapi belum ada budget mencukupi? Boleh hubungi saya. Saya akan custom kan set mampu milik untuk anda sekeluarga. Bimbingan dan support group cara penggunaan dan manfaat juga ada untuk oiling journey anda. Hubungi saya 👇🏻"  ( http://www.wasap.my/+60133553856 )


TAMAT IKLAN


Stephanie Torres

    Tahun 2010, Stephanie Torres telah dilahirkan dengan kelahiran pramatang pada usia 29 minggu. Stephanie kemudian mengalami pelbagai jenis komplikasi hingga akhirnya dia disahkan mengidap penyakit Palsi Serebrum (Cerebral Palsy) iaitu sejenis penyakit yang berlaku akibat kerosakan otak hingga menyebabkan kebolehan mengawal koordinasi dan pergerakan otot dalam badan pesakit terjejas. Dalam kes Stephanie, dia yang mengalami kesukaran untuk mengawal tangannya tidak boleh duduk atau bangun dengan sendiri. Begitu juga dengan makan dan minum, semuanya memerlukan bantuan.

    Sewaktu usia Stephanie mencecah 2 tahun, keadaannya beransur baik selepas mendapatkan rawatan daripada seorang Pakar Terapi Pemulihan Carakerja yang bernama Sharlyn Wenberg. Progres perkembangan positif Stephanie waktu itu adalah dia sudah boleh makan, merangkak dan duduk. Dalam erti kata lain, sedikit sebanyak Stephanie dapat untuk berdikari dengan sendiri. Hinggalah satu hari, Sharlyn mula berasa curiga selepas dia gagal menghubungi ibu Stephanie iaitu Brandy Devine. Perkara ini adalah berikutan Stephanie yang tidak hadir bagi sesi rawatan susulan. Kali terakhir sesi rawatan pemulihan carakerja Stephanie dibuat bersama Sharlyn adalah pada penghujung bulan Jun 2012. Selain itu, Sharlyn juga pernah pergi menjenguk rumah Stephanie. Namun apa yang berlaku, ketukan pintu oleh Sharlyn langsung tidak bersahut.

Brandy Devine

    Hinggalah pada 16 Julai 2012, pihak talian kecemasan telah menerima panggilan daripada Brandy yang memberitahu bahawa Stephanie berada dalam keadaan tidak sedarkan diri. Setibanya pasukan perubatan di lokasi kejadian, mereka telah menemui mayat Stephanie dalam sebuah bilik yang berbau kencing kucing serta dipenuhi dengan najis kucing. Menyedihkan apabila mayat Stephanie yang sudah berusia 2 tahun lebih waktu tersebut ditemui dalam keadaan saiz tubuh badannya menyamai bayi berusia setahun. Berdasarkan laporan bedah siasat, Stephanie mati akibat dehidrasi dan kekurangan zat makanan. Dia terlampau kurus hingga timbul tulang badannya. Fakta yang paling mengejutkan, Stephanie telah pun menemui ajal pada sehari sebelum penemuan mayatnya.

    Jadi, apa sebenarnya yang berlaku? Malam 13 Julai 2012, Brandy telah meletakkan Stephanie pada buaian dalam bilik tidur. Selesai berbuat sedemikian, Brandy mengunci pintu lalu membiarkan anak kurang upayanya itu tanpa sebarang minuman, makanan dan bekalan perubatan selama tiga hari. Brady pula menghabiskan masa untuk menghisap dadah jenis syabu di ruang tamu. Menurut Brandy, syabu tersebut adalah sebagai bekalan tenaganya untuk melakukan kerja-kerja rumah. Pada masa sama, Brandy telah menyuruh seorang lagi anak perempuannya yang berusia 6 tahun bagi menjaga Stephanie.

    Sewaktu sesi soal siasat, Brandy memberikan alasan hanya mampu untuk memberi makanan kepada anak-anaknya selama seminggu sekali kerana tiada pengangkutan. Berhubung dengan keputusan perbicaraan kes, Brandy yang didapati bersalah atas kesalahan pembunuhan tahap kedua telah dijatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun. Kata Brandy,

    “Saya bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yang saya telah lakukan. Saya juga meminta maaf kepada sesiapa yang benar-benar terkesan dengan apa yang saya lakukan”

Catat Ulasan for "KISAH KEMATIAN MENYAYAT HATI STEPHANIE TORRES"