Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

LELAKI DITAHAN, ADA 35 ORANG KEKASIH

Takashi Miyagawa (Kredit : Newsflash)

    JEPUN – Seorang lelaki berusia 39 tahun telah ditahan oleh pihak polis selepas melakukan penipuan terhadap 35 orang kekasihnya pada masa serentak. Lelaki yang dikenali sebagai Takashi Miyagawa itu dilaporkan tidak mempunyai kerja tetap dengan hanya sekadar bekerja sambilan.

    Menerusi laporan media, Takashi menyasarkan wanita bujang sebagai mangsanya. Mangsa kemudian diperdayakan Takashi yang menjanjikan perhubungan mereka akan berakhir dengan perkahwinan. Selain itu, modus operandi Takashi untuk mendapatkan kad dan hadiah daripada setiap kekasihnya adalah dengan membuat pembohongan tentang tarikh lahir kelahirannya. Berdasarkan butiran aduan yang dibuat oleh seorang mangsa yang berusia 47 tahun, Takashi mendakwa tarikh jadinya adalah pada bulan Februari. Ada juga aduan daripada mangsa lain mengenai Takashi yang dilahirkan pada bulan April dan Julai sedangkan tarikh lahir sebenar lelaki itu adalah pada 13 November.

Mangsa penipuan Takashi (Kredit : Newsflash)

    Rata-rata mangsa kini mengalami kerugian dalam bentuk hadiah, pakaian dan wang tunai. Jumlah mangsa penipuan Takashi diyakini bukan seramai 35 orang, namun sebaliknya lebih daripada angka tersebut dengan jangkaan lebih ramai wanita yang akan tampil untuk membuat laporan rasmi.

    Kes masih lagi dalam siasatan lanjut.

Catat Ulasan for "LELAKI DITAHAN, ADA 35 ORANG KEKASIH"