Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

WANITA MAUT DIBUNUH SUAMI SENDIRI, LIDAH DIKERAT SECARA HIDUP-HIDUP

Nadia Xavier da Silva dan Ramiclid Bruno Alves (Kredit : Newsflash)

    BRAZIL - Seorang wanita bergelar isteri berdepan detik yang benar-benar menyeksakan pada saat-saat akhir hidupnya sebelum dia maut akibat diseksa dan dibunuh oleh suaminya sendiri. Lagi kejam apabila mangsa yang dikenali sebagai Nadia Xavier da Silva (37 tahun) itu telah dikerat lidahnya secara hidup-hidup.

    Pembunuhan tersebut dilaporkan berlaku dalam rumah mangsa yang terletak di bandar Formosa. Menerusi laporan media tempatan, mayat Nadia ditemui mati terbaring di atas katil selepas diseksa dengan begitu kejam sampai mati oleh suaminya yang bernama Ramiclid Bruno Alves (31 tahun). Selepas membunuh isterinya, Ramiclid bertindak untuk membunuh diri.

    Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak polis, lidah Nadia telah dikerat menggunakan pisau. Selain itu, terdapat juga anggota badan Nadia yang dikerat. Paling mengerikan apabila hanya bahagian pemegang pisau yang ternampak di bahagian dada Nadia. Perkara ini bermaksud Nadia telah ditikam dengan tikaman yang begitu mendalam. Seperkara lagi, sebatang batang penyapu telah ditemui bersebelahan dengan mayat Nadia. Batang penyapu itu dipercayai digunakan untuk menyula Nadia.

Kredit : Newsflash

    Hasil pemeriksaan di lokasi kejadian juga mendapati terdapat beberapa buah botol minuman keras. Tentang Ramiclid, mayatnya telah ditemui di belakang rumah dengan keadaan tergantung dengan tali. Penemuan tersebut dibuat oleh kakak Ramiclid sendiri berikutan suspek gagal yang beberapa kali gagal untuk dihubungi.

   Hubungan Ramiclid dan Nadia dilaporkan sudah sekian lama bermasalah. Mereka berdua pernah berpisah pada tahun 2018 selepas Ramiclid ditangkap oleh pihak polis kerana telah membelasah isterinya itu. Pasangan tersebut bagaimanapun menjalinkan hubungan semula atas dasar peluang kedua.

   Kes masih lagi dalam siasatan dengan pihak polis masih menyiasat samada terdapat individu lain yang telah terlibat dengan kejadian 

1 ulasan for "WANITA MAUT DIBUNUH SUAMI SENDIRI, LIDAH DIKERAT SECARA HIDUP-HIDUP"