Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

PEMBUNUHAN NGERI ISABEL MARTINEZ

Isabel Martinez

    Pada 6 Julai 2017, seorang wanita berusia 30an bertindak mencederakan dirinya sendiri sebelum menghubungi pihak talian pihak kecemasan. Menerusi panggilan kecemasan tersebut, wanita yang bernama Isabel Martinez itu memberitahu kepada pihak operator tentang kematian suami dan juga empat orang anaknya. 

Martin Romero bersama anak-anaknya

    Setibanya pihak polis di lokasi kejadian, mereka telah menemui lima mayat keluarga Isabel yang dikenalpasti sebagai Martin Romero (33 tahun) Isabela Martinez (10 tahun) Dacota Romero (7 tahun) Dillan Romero (4 tahun) dan Axel Romero (2 tahun). Kelima-lima mangsa mati akibat ditikam dengan pisau sewaktu sedang nyenyak tidur. Seorang lagi mangsa tikaman iaitu Diana Romero (9 tahun) yang dihantar ke hospital untuk dirawat telah berjaya diselamatkan. Sementara itu, Isabel yang ditahan terus ditahan serta- merta bagu membantu siasatan. 

    Berdasarkan keterangan daripada Diana, mereka semua telah ditikam dengan seorang demi seorang oleh Isabel. Malah sebelum pembunuhan, Isabel juga sempat memberitahu kepada anak-anaknya bahawa mereka semua akan bertemu dengan Tuhan. Mayat semua mangsa telah dikumpulkan bersama di dalam sebuah bilik dengan beberapa kitab injil diletakkan sekali. Cerita Diana lagi, ibunya langsung tidak menjerit mahupun menangis sewaktu melakukan aksi tikaman tersebut. 

Diana Romero

    Mengenai Isabel, dia yang dikatakan mengidap penyakit skizofrenia sudah lama bergelut dengan masalah kemurungan dan gangguan bipolar. Seperkara yang oerlu diketahui, bapa Isabel telah meninggal dunia pada dua puluh hari sebelum kejadian pembunuhan. Setelah kematian bapanya, penyakit mental yang dialami Isabel kian menjadi parah. Dia yang waktu sebelumnya merupakan seorang ibu penyayang terus mengalami perubahan sikap secara mendadak terutama sering berhalusinasi. 

    Berhubung dengan sesi soal siasat, Isabel sempat tersenyum sebelum membuka mulut untuk menceritakan segala-galanya. Dia mendakwa bahawa suami dan anak-anaknya itu telah dibunuh oleh kenalan keluarganya. Identiti pelaku terbabit bagaimanapun tidak didedahkan oleh Isabel. Menurut seorang sepupu kepada Martin Romero, Isabel pernah bersuara tentang keinginan untuk menghidupkan semula bapanya. Jadi sebagai pertukaran atas perintah syaitan, Isabel akan mengorbankan anak-anaknya. 

    Kesudahan perbicaraan kes menyaksikan Isabel yang didapati bersalah telah dijatuhkan lima hukuman penjara seumur hidup dengan tambahan 21 tahun. Dia hanya layak untuk diparol selepas 30 tahun penjara. Artikel diakhiri dengan aksi pelik Isabel sewaktu berada di mahkamah.

Catat Ulasan for "PEMBUNUHAN NGERI ISABEL MARTINEZ"