Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

LELAKI ROGOL 30 ORANG KANAK-KANAK SEMINGGU

    

    MOZAMBIQUE : Seorang lelaki berusia 28 tahun dari wilayah Manica berjaya ditangkap oleh pihak polis selepas dipercayai merogol seramai 30 orang kanak-kanak dalam masa seminggu.

    Berdasarkan kenyataan daripada pihak polis, kebanyakan mangsa yang dirogol oleh lelaki itu rata-ratanya terdiri daripada mereka yang berusia enam hingga tujuh tahun. Lelaki terbabit melakukan perbuatan jijik tersebut sewaktu ibu bapa mangsa keluar pergi bekerja. Selain itu, mangsa juga telah diumpan dengan wang. Kebanyakan insiden rogol itu berlaku di sekitar kawasan bandar Chimoio.

    Berdasarkan rekod pihak polis, wilayah Monica telah mencatatkan statistik sebanyak dua kes rogol dalam seminggu. Lebih daripada 37% wanita di negara Mozambique mengalami penderaan fizikal dan seksual sepanjang hidup mereka. Pesalah laku seksual boleh dipenjarakan sehingga 12 tahun. Satu hukuman yang disifatkan oleh akvitis kemanusiaan sebagai hukuman yang terlalu ringan. Siasatan juga hanya akan dibuat sekiranya mangsa membuat aduan secara rasmi.

    Dalam satu lagi kes berasingan yang berlaku di benua Afrika iaitu di negara Ethiopia sebelum ini, seorang wanita berusia 27 tahun bergelar ibu telah dirogol dan dibelasah secara berterusan selama 11 hari oleh 23 orang anggota tentera. Lagi kejam apabila bahagian kemaluan wanita itu disumbat dengan batu dan paku sebelum dia akhirnya ditinggalkan bersendirian di sebuah kawasan semak belukar. Wanita malang tersebut merupakan salah seorang daripada ratusan mangsa yang telah menjadi mangsa keganasan tentera sejak pertempuran di Tigray yang bermula pada bulan November tahun lepas. 

Catat Ulasan for "LELAKI ROGOL 30 ORANG KANAK-KANAK SEMINGGU"