BUDAK EMPAT TAHUN DICULIK LALU MATI DITIKAM
Cash Gernon |
AMERIKA SYARIKAT – Pada awal pagi 16 Mei lepas, seorang
kanak-kanak lelaki bernama Cash Gernon telah diculik dari rumahnya ketika dia
sedang tidur dalam buaian. Beberapa jam kemudian, mayat Cash tanpa berbaju
serta berkasut telah ditemui di tepi jalan oleh seorang wanita yang sedang
berjoging. Berdasarkan kenyataan awal daripada pihak polis, Cash dipercayai
mati akibat ditikam beberapa kali dengan senjata tajam.
Darriyn Brown |
Tidak lama selepas penemuan mayat Cash, pihak polis telah berjaya menahan suspek utama penculikan yang dikenalpasti sebagai Darriyn Brown (18 tahun). Pengecaman itu dibuat oleh penjaga Cash iaitu Monica Sherrod hasil penelitian melalui rakaman kamera litar tertutup. Motif sebenar pembunuhan dan hubungan antara Darriyn dengan Cash masih lagi dalam siasatan. Apa yang dapat dipastikan, Darriyn yang sebelum ini pernah ditangkap oleh pihak polis dilaporkan masih memakai gelang peranti pengawasan sewaktu kejadian berlaku.
Menerusi rakaman kamera litar tertutup yang diperolehi daripada lokasi kejadian, Darriyn dilihat memasuki bilik Cash sebelum menculik kanak-kanak malang tersebut yang sedang tidur bersama dengan pasangan kembarnya iaitu Carter. Tidak lama selepas Cash dibunuh, Darriyn kembali ke lokasi kejadian dipercayai untuk menculik Carter pula. Namun belum sempat berbuat sedemikian, Darriyn bergegas melarikan diri tanpa diketahui puncanya. Buat masa sekarang, Darriyn menerima pertuduhan mencuri serta melakukan penculikan dan juga lain-lain tuduhan pada masa terdekat.
Mengenai Cash, dia dan Carter tinggal bersama Monica yang juga merupakan teman wanita bapanya selepas bapa mereka itu menghilangkan diri sejak dari bulan Mac lepas. Ibu kandung Cash pula mendakwa langsung tidak tahu tentang kedua-dua anak kembarnya yang telah dijaga oleh Monica.
Catat Ulasan for "BUDAK EMPAT TAHUN DICULIK LALU MATI DITIKAM"