IBU ANGKAT JEONGIN DIPENJARA SEUMUR HIDUP
Jeongin diambil oleh Jang dan suaminya sebagai anak angkat mereka pada
bulan Februari tahun lepas. Tujuh bulan kemudian, Jeongin meninggal dunia
akibat didera. Paling menyedihkan, Jeongin yang mengalami kecederaan parah pada
bahagian luaran dan dalaman telah dibiarkan berada dalam keadaan kesakitan
secara berterusan. Dalam erti kata lain, dia langsung tidak dibawa ke hospital
untuk mendapatkan sebarang rawatan. Seperkara lagi yang perlu diketahui tentang
kes ini, pihak polis telah menemui lebih 800 koleksi video penderaan Jeongin.
Pada asalnya, Jang hanya menerima pertuduhan melakukan pertuduhan
melakukan penderaan terhadap kanak-kanak hingga menyebabkan kematian. Namun
pasukan pendakwaan kemudiannya menambah pertuduhan membunuh terhadap Jang
selepas meneliti semula laporan forensik. Sementara itu, suami Jang yang
dikenali sebagai Ahn pula telah dihukum penjara selama lima tahun juga atas
kesalahan melakukan penderaan terhadap kanak-kanak dan bersubahat dengan Jang
untuk mendera Jeongin secara bersama. Pihak mahkamah enggan untuk menerima
alasan Ahn yang mendakwa tidak mengetahui tentang penderaan yang dialami oleh
Jeongin.
Insiden kematian Jeongin sebelum ini mencetuskan kemarahan
orang ramai susulan kegagalan pihak polis dan agensi kebajikan kanak-kanak yang
lambat untuk bertindak walaupun berapa laporan aduan rasmi telah dibuat pada
waktu sebelumnya.
SUMBER : Yonhap News Agency
Catat Ulasan for "IBU ANGKAT JEONGIN DIPENJARA SEUMUR HIDUP "