IBU MUDA MATI DIBUNUH DI DEPAN BAYINYA SENDIRI
Charalambos bersama Caroline dan anak mereka. |
Berdasarkan keterangan daripada Charalambos, dia mendakwa
rumahnya telah diceroboh oleh tiga orang perompak lelaki. Apa yang berlaku
kemudian, Charalambos diikat dengan tali pada kerusi. Sementara itu, Caroline
bersembunyi di dalam loteng bersama bayinya. Malangnya, tempat persembunyian
Caroline telah dapat dikesan oleh kumpulan perompak berkenaan. Caroline
kemudian dipaksa untuk memberitahu tempat simpanan wang dan barang kemas
sebelum dia dibelasah lalu dicekik sampai mati. Kumpulan perompak tersebut
dilaporkan berjaya membawa lari wang berjumlah £30,000 dan beberapa barangan
kemas. Turut dibunuh adalah anjing peliharaan keluarga Charalambos.
Pihak polis tiba di lokasi kejadian pada sekitar jam 6 pagi selepas
menerima panggilan daripada Charalambos yang berjaya melonggarkan ikatan tali.
Menerusi pemeriksaan dan siasatan awal, pihak polis berjaya mengesan kesan DNA
dan cap jari di lokasi kejadian. Hasil siasatan lanjut telah membawa kepada
penangkapan seorang lelaki warganegara Georgia berusia 30 tahun yang dipercayai
sebagai suspek. Penangkapan itu dibuat di sempadan Bulgaria pada beberapa hari
selepas kejadian di mana lelaki berkenaan didakwa cuba untuk melepasi sempadan dengan
menggunakan dokumen pengenalan palsu.
Memetik laporan terkini daripada akhbar The Sun bertarikh 21 Mei 2021, bukti seperti cap jari, DNA dan rakaman kamera litar tertutup yang diperolehi dari lokasi kejadian tidak berjaya merungkai sebarang persoalan setakat ini. Malah, pihak polis masih tidak dapat untuk mengaitkan kes dengan lelaki Georgia yang sebelum ini telah dicanangkan sebagai suspek. Rentetan daripada perkara itu, Charalambos telah disoal siasat semula oleh pihak polis bagi membantu siasatan. Kali ini, pakar psikologi dibawa masuk bagi menilai secara terperinci dengan segala keterangan yang dibuat oleh Charalambos.
Catat Ulasan for "IBU MUDA MATI DIBUNUH DI DEPAN BAYINYA SENDIRI"