Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH CLARA HARRIS : Isteri yang Tersakiti

David dan Clara

    David Lynn Haris telah berkahwin dengan wanita pilihannya yang bernama Clara Suarez pada bulan Februari tahun 1993. David merupakan seorang pakar ortodontik manakala Clara pula bekerja sebagai doktor gigi. Pasangan suami tersebut mempunyai tiga orang anak dengan dua daripada mereka merupakan pasangan kembar yang dilahirkan pada tahun 1998. Seorang lagi anak David iaitu Lindsey merupakan anak kepada hasil perkahwinannya yang terdahulu. Keluarga David boleh dikatakan sebagai keluarga yang sangat bahagia.

    Tiada siapa yang inginkan perkahwinan mereka dengan penceraian. Begitu jugalah dengan Clara di mana satu hari dia telah mendapat tahu tentang kecurangan yang dilakukan oleh David. Suaminya itu didapati menjalinkan hubungan sulit dengan wanita bekas pekerjanya, Gail Bridge. Walaupun benar-benar berasa kecewa dengan David, Clara enggan untuk bertindak melulu. Jadi, apa yang dia lakukan adalah mengupah detektif persendirian bagi menyiasat serta mengintip pergerakan David.

    Hinggalah pada 24 Julai 2002, Clara telah diberitahu oleh detektif upahannya mengenai keberadaan David dan Gail di hotel Hilton yang terletak di Nassau Bay, Texas. Tanpa melengahkan masa, Clara pun terus memandu menuju ke hotel berkenaan dengan membawa sekali Lindsey. Setibanya di hotel tersebut, Clara telah bertindak menyerang Gail yang sedang berada di lobi bersama dengan David. Clara kemudian bagaimanapun ditahan oleh pekerja hotel sebelum dihantar semula ke tempat parkir keretanya. Apa yang sangat menyakitkan hati Clara, suaminya lebih menyebelahi Gail. Disebabkan berasa terlalu marah, Clara pun menunggu di kawasan lot parkir hotel.


    Sebaik David dan Gail keluar dari bangunan hotel, Clara terus memecut kereta Mercedes Benz yang dipandunya untuk melanggar David. Akibat pelanggaran dahsyat itu, David mati serta merta di lokasi kejadian. Dia dikatakan telah dilanggar oleh Clara sebanyak tiga kali dengan langgaran kuat. Clara yang ditahan serta merta selepas kejadian dikenakan pertuduhan melakukan pembunuhan peringkat pertama. Lindsey yang menjadi saksi utama kejadian tersebut menyatakan persetujuannya untuk menjadi saksi kepada pihak pendakwaan. Harus diketahui, Lindsey didakwa ada melakukan percubaan untuk membunuh diri sebanyak empat kali selepas kematian bapanya. Selain itu, bukti utama yang digunakan oleh pihak pendakwaan dalam perbicaraan adalah video kejadian sebenar hasil rakaman detekif upahan Clara sendiri.


    Berhubung dengan keputusan perbicaraan kes pada 14 Februari 2003 yakni bersamaan dengan tarikh ulang perkahwinannya bersama David, Clara yang didapati bersalah atas pertuduhan membunuh suaminya itu telah menerima hukuman penjara selama 20 tahun serta dikenakan denda sebanyak $10 000. Clara ada memohon pembebasan bersyarat pada tahun 2013 dan 2016 namun permohonannya itu ditolak. Selepas membuat rayuan ketiga pada tahun 2018, barulah Clara akhirnya dibenarkan untuk keluar dari penjara. Cumanya, dia dikenakan syarat untuk tidak berhubung semula samada dengan keluarga David ataupun Gail. Pergerakannya turut dipantau dengan menerima perintah larangan untuk meninggalkan bandar Houston.

Catat Ulasan for "KISAH CLARA HARRIS : Isteri yang Tersakiti"