KISAH BETTY BRODERICK : Derita Seorang Isteri
Dan dan Betty Broderick |
Pada tanggal 5 November 1989, pasangan suami isteri yang
bernama Dan Broderick (44 tahun) dan Linda Kolkena (28 tahun) telah mati
ditembak di dalam bilik tidur rumah mereka. Dan ditembak pada dada. Linda pula
menerima tembakan pada bahagian kepala dan dada. Tidak lama selepas kejadian,
si penembak telah menyerah diri kepada pihak polis. Penembak itu dikenalpasti
sebagai bekas isteri Dan sendiri iaitu Betty.
***
Wow! Guardian tengah buat promotion 40%! Start 5 sampai 8 Januari ni. Tak payah pergi kedai pun, tak perlu nak susah-susah beratur. Beli dekat sini : https://shope.ee/1VQWvcCrcQ
***
Dan Broderick mula berkenalan dengan Betty pada tahun 1965.
Waktu tersebut, Dan adalah seorang pelajar kedoktoran manakala Betty pula
merupakan seorang model. Setelah empat tahun menjalinkan hubungan, mereka
berdua pun berkahwin. Hasil perkahwinan itu, mereka berdua telah mendapat empat
orang anak yakni dua lelaki dan dua perempuan.
Seperkara yang perlu diketahui iaitu pada awal kehidupan keluarga Broderick, perbelanjaan mereka sekeluarga ditanggung sepenuhnya oleh Betty memandangkan Dan masih lagi berstatus sebagai seorang pelajar. Betty melakukan pelbagai jenis kerja untuk mencari wang termasuklah menjual produk Avon dan Tupperware. Pada masa sama, Betty terpaksa membahagikan masa untuk menjaga anak-anaknya kerana Dan langsung tidak pernah membantunya dalam urusan penjagaan tersebut. Selepas menamatkan pengajian sebagai pelajar kedoktoran, Dan menyambung pula pengajian di Universiti Harvard dalam bidang undang-undang keluarga. Disebabkan itu, Betty terpaksa berhempas pulas untuk menanggung wang pengajian Dan. Dia mengorbankan wang, masa dan tenaga demi kejayaan Dan. Dalam erti kata lain, dia sanggup susah senang bersama Dan.
Pengorbanan Betty ternyata berbaloi apabila Dan akhirnya
berjaya menjadi seorang peguam hebat dan terkenal hingga dapat untuk membuka
syarikat firma guaman sendiri. Malah, Dan yang ada melakukan pembedahan plastik
pada bahagian hidung telah membeli sebuah rumah besar untuk keluarganya. Selain itu,
Betty telah menjadi suri rumah sepenuh masa bagi memberikan tumpuan sepenuhnya
terhadap anak-anaknya.
Pada tahun 1982, Dan melantik seorang wanita muda bernama
Linda Kolkena sebagai pembantu peribadi di syarikatnya. Sejak itu, hubungan
rumah tangga antara Dan dan Betty mula bergolak. Betty kerap menerima kutukan
daripada Dan yang melabelnya sebagai seorang wanita tua dan gemuk. Hinggalah
satu hari, Betty telah berdandan serta berpakaian seksi untuk menawan semula
hati Dan. Namun setibanya dia di pejabat Dan, lain pula ceritanya yang berlaku.
Berikutan ketiadaan Dan dan Linda secara serentak di pejabat, Betty menyedari suami
yang dicintainya itu telah berlaku curang. Apabila Betty kembali pulang ke
rumah, dia bertindak untuk membakar pakaian mahal milik Dan kerana terlampau
berasa kecewa.
Dan dan Linda Kolkena |
Dan yang semakin berasa tawar hati dengan Betty kemudian telah membeli sebuah rumah mewah baru sebagai tempat tinggal bersama dengan Linda. Sementara itu, Betty yang benar-benar berasa sedih kerana pengorbanannya langsung tidak pernah dihargai sanggup pergi merayu dengan Dan supaya mereka berdua kembali bersama demi anak-anak mereka. Rayuan tersebut langsung tidak dihiraukan oleh Dan yang tekad untuk memfailkan penceraian. Dan juga telah menjual rumah yang didiami Betty. Tak cukup dengan itu, Dan turut membuat aduan kepada pihak berkuasa hingga menyebabkan Betty ditahan di hospital sakit jiwa selama tiga hari.
Tahun 1986, Dan dan Betty sah bercerai dengan semua hak
penjagaan anak-anak mereka diberikan sepenuhnya kepada Dan. Betty yang ternyata
tidak berpuasa hati dengan keputusan tersebut telah menelefon rumah Dan hampir
setiap hari untuk memaki bekas suaminya itu. Dan yang dilihat langsung tidak
terkesan dengan penceraiannya mengugut Betty untuk mengurangkan jumlah wang
nafkah. Betty kemudian bagaimanapun telah diberikan hak penjagaan terhadap
seorang anak perempuannya. Cumanya, Betty tetap berasakan haknya dinafikan
kerana jumlah wang nafkah yang diterimanya adalah sangat kecil jika
dibandingkan dengan jumlah pendapatan bulanan lumayan Dan.
Bulan April 1989, Dan dan Linda akhirnya berkahwin jua.
Sebaik mendapat tahu tentang perkahwinan tersebut, Betty semakin tertekan
hingga menyebabkannya mengalami kenaikan berat badan secara mendadak. Tujuh bulan
selepas itu, Betty telah memasuki rumah Dan menggunakan kunci pendua yang
dicuri daripada salah seorang anaknya. Dan dan Linda mati di dalam bilik tidur
mereka akibat ditembak oleh Betty dengan menggunakan pistol.
Berhubung perbicaraan kes, Betty mendakwa dia tidak pernah berniat untuk menembak mati Dan dan Linda. Kata Betty, dia ingin membunuh diri depan Dan supaya bekas suaminya itu melihat segala penderitaan dan keperitan yang telah dilaluinya. Walau bagaimanapun, Betty terpaksa melepaskan tembakan selepas mendengar suara Linda yang menyuruh Dan untuk menghubungi polis. Pengakhiran hidup Betty, dia yang didapati bersalah atas dua pertuduhan pembunuhan peringkat kedua telah menerima dua hukuman penjara untuk seumur hidup.
Jantan xguna... Dh berjaya lupa Bini,
BalasPadamPernah tengok movie dia A Woman Scorned: The Betty Broderick Story...kesian sgt kt Betty...